“Suami Sendiri Jahat Laknat, Suami Aku Dituduh Sama”- Fynn Jamal Pertahan Suami Tidak Bekerja, Tegas Jangan Samakan Dengan Lelaki Lain

Share

Penyanyi dan aktivis sastera, Fynn Jamal menangkis dakwaan segelinitir pihak yang melabelkan suaminya ‘pemalas’ kerana tidak bekerja.

Katanya, walaupun tidak bekerja, suaminya itu tetap rajin melakukan kerja-kerja rumah dan itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya bahagia.

Perkara tersebut telah diluahkan oleh Fynn menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Minggu lepas dia tiba-tiba cakap pada aku, saya rasa sampai skang oarang fikir saya duduk rumah tak buat apa mcm dulu org fikir masa kita kat kazakhstan tu. Aku senyum pahit. Tak mampu nak bangkang. Aku cuma genggam jari dia.

“Kalau dia memang takat duduk rumah jaga anak pun tapi dia membahagia aku. Kat mana dosanya? Dulu di kazakhstan pun, bukan dia kije tidur je. dia bangun tiap malam buat susu anak, vacuum rumah, basuh pinggan, kemas katil, jaga email, buat deal. macam2. cuma orang tak tau,” tulisnya.

Tambah Fynn lagi, dia meminta supaya orang ramai untuk berhenti menyamakan suaminya dengan segelintir suami yang malas di luar sana.

“Masyarakat suka samakan setiap entiti di dalamnya. Hanya sbb ada suami yg mmg mcm biawak duduk mengangkang kat rumah tanpa buat apa2 dan expect gaji bini mcm dlm drama tu habis dipukul rata semua suami dlm dunia.

“Worse, sebab suami sendiri miang jahat gagal laknat. Habis suami aku dituduh sama.


tu laki kau, giler. sometimes aku rasa ada peratusan suami aku tersungkur dgn sakit dia bersebab pressure masyarakat. but worry not. aku tak salahkan sesiapa,” katanya lagi.

Terdahulu, kesihatan suami Fynn, Hazrilfitri Hadzir kini dilaporkan tidak menentu dan telah dinasihatkan untuk memperbanyakan berehat di rumah.

Foto: Instagram Fynn Jamal

 

IKLAN