“Suami Patut Dipeluk Dan…,”- Hargai Pengorbanan Ketua Keluarga, Isteri Aaron Aziz Mahu Anak Faham Kerjaya Si Bapa

Share

Isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik terharu apabila Aaron sanggup menikmati makanan yang disediakan meski dalam keadaan penat.

Malah, ibu kepada tiga orang anak itu turut menghargai pengobanan suaminya yang sentiasa bekerja keras untuk keluarga.

“Alhamdulilah… Sebagaimana kita para isteri ingin dihargai, suami kita juga patut dipeluk dan berterima kepadanya atas semua kebaikan dan kerja keras mereka. Semoga Allah sentiasa menjaga suamiku dari segala bahaya.



“Dua hari yang lalu dia pulang dari kerja dan MeleTOP, kelihatan sangat letih sampai nak makan pun dia tidak dapat membuka matanya.

Dalam pada itu, Diyana mengharapkan agar anak-anak turut memahami kerjaya bapanya yang sentiasa padat dengan aktiviti bergelar selebriti.

“Saya harap anak-anak kita akan menghargai bapa mereka. Anak-anak, mohon memahami keadaan bapa kamu apabila dia letih, faham ketika dia berkata tidak, faham ketika dia tidak dapat mengambil kamu dan faham jika apa sahaja yang dia lakukan semuanya adalah untuk keluarga.
 
“Terima kasih. Sayang awak. @aarondwiaziz. Satu-satunya perkara yang lebih baik daripada mempunyai awak sebagai suami adalah anak-anak kita mempunyai awak sebagai bapa mereka. Alhamdulilah, terima kasih Allah S.W.T,” tulisnya.

Untuk rekod, Aaron dan Diyana berkahwin pada Ogos 2003.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Foto : Instagram Diyana Halik

IKLAN