Suami kepada pelakon, Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas tampil memberikan reaksi balas berhubung permohonan isterinya yang ingin memfailkan cerai secara baik.

Menurut Fahmi, dia berasa agak pelik dengan permintaan pihak isterinya itu memandangkan segalanya telah pun bermula dengan agak tidak baik sejak daripada awal.

Pada masa sama, Fahmi yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MFI Group tidak menafikan yang dia ada menerima panggilan daripada Nyna untuk mengadakan pertemuan.

Suami Nynaa Harizal Beri Reaksi Balas Terhadap Kenyataan Isteri, Dedah Ada 7 Syarat Kalau Setuju Berjumpa

Namun, pertemuan tersebut dikatakan tidak berlaku kerana syarat-syarat yang diletakkan Nyna dikatakan agak meragukan.

“Di sini, saya ingin memberi reaksi balas terhadap kenyataan yang diberikan Nyna semalam. Katanya nak bercerai dengan cara baik. Macam mana kita nak ke arah sana kalau dari awal caranya sudah tidak baik.

“Pihak di sana seolah-olah ingin menjadi mangsa. Macam saya pula yang tidak mahu melepaskan dia. Saya layak untuk mendapatkan penjelasan.

IKLAN

“Point nombor 8 yang diberikan Nyna semalam, dia membuka ruang untuk perbicaraan dan telah dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada Jumaat 12 November.

“Memang betul dia call saya. Lebih kurang pukul enam petang. Dia cakap dia nak jumpa saya. Saya bersetuju dan sedia untuk berjumpa bila-bila masa sahaja,” katanya kepada MH.

Fahmi berkata sedemikan dalam satu sidang media yang berlangsung di Menara Berkembar Bank Rakyat, Bangsar, hari ini.

Suami Nynaa Harizal Beri Reaksi Balas Terhadap Kenyataan Isteri, Dedah Ada 7 Syarat Kalau Setuju Berjumpa Suami Nynaa Harizal Beri Reaksi Balas Terhadap Kenyataan Isteri, Dedah Ada 7 Syarat Kalau Setuju Berjumpa

Katanya lagi, tujuh syarat juga telah diberikan bagi sesi pertemuan tersebut yang disifatkan seperti bukan usaha untuk memperbaiki hubungan.

IKLAN

“Ketika dia menghubungi saya pada 12 November lalu, 30 saat pertama saya sangat gembira mendengar suaranya. Kemudian saya rasa lain, lebih-lebih lagi apabila dia menetapkan syarat untuk berjumpa.

“Pertama, kalau nak berjumpa, hanya dibenarkan di pejabat peguam di Johor Bahru. Kedua, Saya hanya dibenarkan datang seorang diri.

“Ketiga, saya tak boleh rakam sebarang perbualan di antara kami. Keempat, saya tak boleh bawa pemandu saya.

“Kelima, saya tak boleh bawa pengawal peribadi saya. Keenam, saya tak boleh bawa keluarga dan ketujuh, saya tak boleh bawa media,” kongsinya lag.

IKLAN

Untuk rekod, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.

Suami Nynaa Harizal Beri Reaksi Balas Terhadap Kenyataan Isteri, Dedah Ada 7 Syarat Kalau Setuju Berjumpa

Namun pada 3 November lalu, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapa mentua ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama.

Bagaimanapun Nynaa dalam satu kenyataan media semalam tampil menafikan dakwaan tersebut menyatakan ia sebagai satu telahan yang tidak benar.

Kontroversi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi perhatian apabila pelakon itu memfailkan permohonan cerai dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu dan kes sebutan pertama mereka berlangsung semalam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI