Suami Menitis Air Mata, Emma Maembong Buat Kejutan Umum Berbadan Dua Lagi

Share

Pelakon Emma Maembong berkongsi khabar gembira dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, memuat naik video dia memberikan kejutan terhadap suami dan ahli keluarga di atas kehadiran insan baharu dalam hidup mereka.

Emma memberi kejutan kepada dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.

“Syukur Alhamdulillah,” tulis Emma di ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.

Suami Emma, Muhammad Shazli Azhar dilihat tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.

“Betul ke? Sumpah?” respon Shazli seakan tidak percaya.

Dalam rakaman itu juga Emma menunjukkan reaksi terkejut ibu, adik-beradik serta rakan terdekat apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Shariq Gabriel yang kini berusia tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN