Sekiranya korang mengikuti perkembangan aktres jelita, Lana Nordin di Instagram, pasti korang akan cemburu melihat kebahagian rumah tangganya. Beruntung Lana memperoleh suami yang penyayang.

Dilihat dia gemar sahaja berkongsi momen-momen manis bersama suami tercinta, Mohd Daud Mckienzie yang seolah-olah masih lagi dalam fasa bulan madu seperti pasangan baru berkahwin, ada sahaja perbuatan romantis suami terhadapnya.

Suami Mahu Dalami Agama, Lana Nordin Luah Rasa Syukur

Terbaru, Lana meluahkan rasa syukur dan terharu apabila suaminya sudah terbuka hati untuk mendalami ilmu agama selepas beberapa tahun memeluk agama Islam.

IKLAN

Lana berkongsi berita gembira itu dengan menunjukkan paparan mesej suaminya di Instagram miliknya. Difahamkan, suaminya merencana untuk membaca Al-Quran dan solat dengan lebih baik. Alhamdulilah!

IKLAN

“MMD&G terharu sangat-sangat benda yang paling bahagia bila check phone suami terjumpa meseg sebegini.. Ya Allah terima kasih kau bukakkan hatinya dan menerima doaku.”

 

“Semoga Kau berkatilah dan jagalah hatinya dan Imannya terus bersamaMU. Amin.” tulisnya di laman tersebut.

Rata-rata pengikutnya yang membaca luahan Lana juga mendoakan agar David terus beristiqamah dan segala perancangan untuk dia menjadi seorang Muslim yang baik dipermudahkan.

Suami Mahu Dalami Agama, Lana Nordin Luah Rasa Syukur

IKLAN

Terdahulu, Lana dan David telah disatukan pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie.

Suami Mahu Dalami Agama, Lana Nordin Luah Rasa Syukur

Alhamdullillah, satu berita yang agak baik bukan? Kami di MH juga berdoa agar keluarga Lana terus bahagia bersama. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI