Bekas anggota kumpulan nasyid, Inteam, Suhaimi Saad dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.
Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Maljlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Che Mud menerusi satu kenyataan di laman Instagram.
“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kunpuoan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
Ads
“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,” katanya.
Arwah sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU hospital berkenaan akibat pneumonia.
Ads
Terdahulu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan.
Semalam, isterinya, Ina Naim memaklumkan suaminya itu telah pun menunjukkan perubahan positif, tetapi masih lagi ditidurkan.
Ads
Lantaran itu, Ina turut memohon maaf sekiranya suaminya itu pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Munsyid Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nilai lima persalinan eksklusif yang digayakan Aina Abdul untuk konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi mencecah hampir RM400,000 keseluruhan.
Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, kos berkenaan adalah untuk aspek busana sahaja, tidak termasuk kos lain.
“Kali ini kita ada lima persalinan semuanya mencecah hampir RM400,000. Kos untuk baju sahaja, total,” katanya.
Aina pada masa sama turut berkongsi mengenai persalinan kedua yang menjadi sorotan iaitu gaun biru rekaan Zaimi Zulkafli yang mempunyai elemen ‘asap’ keluar daripada baju selain perincian sulaman bunga yang berpusing.
“Bagi saya, perekanya seorang yang sangat inovatif kerana dia cuba menggabungkan elemen sains dan fesyen dalam sesebuah busana yang direka.
“Kalau anda lihat, asap dan pergerakan bunga yang berpusing dikawal seorang jurutera yang berada di sisi pentas.
“Masa sesi latihan asap pada baju tak keluar. Rasa risau tapi alhamdulillah dia berjalan lancar seperti yang dirancang. Kalau nak tahu di dalam gaun berkenaan sarat dengan wayar namun ia tidaklah berat untuk dipakai,” katanya lagi.
Terdahulu, A Night With Aina Abdul 3.0 yang berskala mega itu berjaya menghiburkan hampir 10,000 peminat setianya bersama barisan lagu hits termasuk daripada album terbaharunya, IMAJI.
Selepas Axiata Arena, Aina teruja memaklumkan pasukannya akan meneruskan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Singapura pada 6 Januari 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kejayaan menghasilkan album sulung yang berjudul New Classic merupakan satu penanda aras baharu bagi grup wanita yang kini berada di puncak kerjaya, Dolla.
Bagi meraikan momen bersejarah itu, Dolla telah mengadakan acara Dolla Villa yang juga merupakan majlis perlancaran album New Classic yang berlangsung di The Diplomat, Kuala Lumpur pada Selasa.
Bagaimanapun, acara yang berlangsung meriah itu sedikit dicemari komen-komen negatif netizen yang kurang senang dengan fesyen yang digayakan anggota Dolla pada malam berkenaan.
Rata-rata netizen menyifatkan pemakaian mereka agak seksi dan kurang bersesuaian dengan norma masyarakat di Malaysia.
“Mungkin stylist boleh sediakan baju yang lebih sopan buat Syasya dan Sab. Tapi ia merupakan majlis tertutup. Fahamlah mengapa mereka berpakaian sedemikian.
“Saya suka lagu-lagu mereka tapi sekurang-kurangnya Sab dan Syasya kenalah berpakaian tertutup sikit.
“Pandangan saya sebagai netizen, lagu mereka memang best. Lain level tapi baju tak berkenan sangat. Maafkan saya tapi lagu tetap stuck dekat kepala,” antara komen-komen yang diberikan netizen.
Terdahulu, ini bukan kali pertama grup yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo, Syasya dan Angel ini dikritik disebabkan fesyen mereka yang dikatakan agak seksi.
Sementara itu, mengulas mengenai album pertama mereka, Tabby akui tidak menyangka grup tersebut bakal melangkah sehingga ke tahap ini.
“Kami masih lagi berada difasa dimana kami sendiri tidak percaya yang Dolla sudah pun mempunyai album sendiri. Kami juga mendengarnya pada setiap masa.
“Kami sangat gembira dan bersyukur. Ramai juga yang hadir bagi meraikan kejayaan kami hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, Sobronzo juga teruja apabila album ini turut mendapat sentuhan daripada produser tersohor Korea Selatan, Hyuk Shin yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu buat artis-artis superstar seperti Justin Bieber, NCT dan Exo.
“Hyuk Shin menghasilkan dua lagu buat Dolla iaitu Classic dan Boss Up. Proses bekerja juga sangat berbeza dan lebih efisyen. Dia tahu visi sesebuah lagu itu.
“Dia cuma bagitahu apa yang perlu kami buat dan kami ikutkan sahaja. Kami percaya dengan cara kerja beliau. Sudah terbukti hasil akhirnya memang ramai yang suka,” ulasnya.
Ditanya adakah Dolla selesa digelar grup wanita nombor satu di Malaysia ketika ini, Tabby memaklumkan mereka tidak terlalu memikirkan gelaran tersebut sebaliknya mahu fokus untuk memberikan yang terbaik buat peminat.
“Kami sangat bersyukur bila ada yang melabelkan kami sedemikian. Namun, pada masa sama, kami tidak mahu dibandingkan dengan orang lain.
“Tak kisahlah sama ada nombor satu atau dua, yang paling penting adalah kami bekerja keras untuk memberika produk terbaik untuk peminat dan orang yang mendengar.
“Tiada apa yang berubah. Dolla sentiasa ingin berikan yang terbaik sejak single pertama kami Dolla Make You Wanna,” kongsinya lagi.
Terdahulu, album New Classic memuatkan tujuh buah lagu yang terdiri daripada lima lagu baharu dan dua lagu yang sebelum ini telah pun dilancarkan.
New Classic kini sudah pun boleh distrim di semua digital platform bermula 21 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rock terkenal, Ella, tidak rasa rendah diri selepas memilih untuk menggunakan alat bantuan pendengaran susulan mahu mengimbangi pendengaran untuk kedua-dua belah telinganya.
Menurut penyanyi yang kini berusia 57 tahun itu, dia tidak mengetahui fungsi pendengarannya kian menurun sehinggalah melakukan pemeriksaan berkaitan dengan Global Hearing Care Centre Malaysia (GHCC), tahun lalu.
“Sebelum ini saya tak tahu pendengaran saya terjejas. Selepas melakukan pemeriksaan, keputusan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang. Misal kata dalam peratusan 100%, ia berubah kepada 70% di bahagian kiri dan 80% di bahagian kananan.
“Situasi tersebut masih di peringkat ‘modetare’ dan saya memilih untuk menggunakan alat bantuan bagi mengimbagi fungsi pendengaran. Tak rasa rendah diri, sebaliknya bersyukur kerana sedar untuk melakukan pemeriksaan.
“Selepas itu, saya mendapat bantuan GHCC dan sekarang menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha,” katanya.
Ella berkata demikian ketika ditemui pada Program Komuniti Global Hearing Care Centre di Pavillion Bukit Jalil, pada Sabtu.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin turut menambah, dia merasakan perbezaan positif selepas menggunakan alat bantuan berkenaan.
“Perbezaan selepas menggunakan alat ini ia mampu seimbangkan pendengaran saya. Walaupun saya menggunakan alat bantuan pendengaran namun, saya tidak pernah rasa ia sebagai kekurangan.
“Malah bersyukur kerana masalah itu dapat diatasi dengan alat berteknologi tinggi. Saya percaya, ramai lagi yang mengalami masalah serupa, termasuk rakan industri yang kerap terdedah dengan ‘volume’ muzik.
“Jadi jangan malu untuk mendapatkan rawatan berbanding membiarkan ia terus melarat atau tidak tahu status kesihatan pendengaran. Jaga kesihatan telinga dan pendengaran dengan melakukan pemeriksaan berkala,” katanya lagi.
Terdahulu, GHCC dengan kerjasama Ella dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan sebuah program komuniti yang memfokuskan tentang kesihatan pendengaran serta kelancaran pertuturan disetiap peringkat usia.
Program yang dinamakan “Ke arah pendengaran dan pertuturan yang lebih baik” ini turut sama menyaksikan perasmian kolaborasi antara Global Hearing Care Centre Malaysia dan ratu rock negara, Ella iaitu edisi ekslusif alat bantu dengar jenama Bernafon Alpha “RockQueen x GHCC”.
Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi Global Hearing Care Centre, Lyn Ooi, sangat penting pendedahan tentang penjagaan pendengaran seawal usia muda.
“Seeloknya bermula dari usia kanak-kanak lagi dalam kalangan ibu bapa. Kesihatan pendengaran harus diutamakan.
“Dengan adanya program ini, kami berharap agar mereka di luar sana tidak cuma menganggap masalah pendengaran cuma akan terjadi seiring dengan peningkatan usia,” katanya.
Tujuan utama program ini diadakan untuk menanam kesedaran di kalangan masyarakat di setiap lapisan usia, agar menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan pendengaran.
Selain itu, acara ini juga diharap dapat memupuk sikap ambil tahu tahap pendengaran mereka dengan lebih awal melalui sesi saringan pendengaran yang dikendalikan oleh barisan audiologis di Global Hearing Care Centre Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.