Suami Berangkat Ke Mekah, Isteri PU Abu Beri Kata-Kata Semangat. “Berdamailah Dengan Dirimu, Allah Selalu Bersama.”

Share

Isteri kepada penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Hana Azraa berkongsi kata-kata semangat menerusi Instagram.

Kongsinya, setiap perkara yang dilakukan perlu diiringi dengan niat, tawakal dan doa.

Terkadang apa yang telah kita ikhitiar dan belum juga membuahkan hasil yg sesuai dengan keinginan, padahal doa telah dilangitkan tanpa lelah, usaha telah dilakukan dengan semaksima mungkin dan tanpa keluh kesah tetapi masih belum mampu membuka pintu-pintu langit.

Jadi, bagaimanakah lagi? Marah pun sia-sia. Mengutuk keadaan pula tidak mampu merubah apa-apa. Menyerah apatah lagi, ia bukan lah satu solusi.

“Pilihan terbaik adalah tetap sama. Berusaha lagi. Berdoa lagi. Bersabar lagi. Sampai bila? Sampai Allah berkehendak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hana yang kini sedang hamil second trimester yakin bahawa setiap doa pasti didengari Allah;bezanya cepat atau lambat.

Roda kehidupan ini akan terus berputar. Semua ada waktunya. Waktu yg Allah sudah tetapkan. Jika masih belum berhasil, bersabarlah.

“Dia tidak akan mengabaikan usaha dan doaamu. Yakinlah. Pada waktu yg telah ditetapkanNya.

“Semua tanya, gelisah dalam hati akan terjawab dan semua pinta yg kamu langitkan akan terijabah.

“Berdamailah dengan dirimu. Allah selalu bersama kamu,” akhirinya.

Abu dan Hana yang juga berstatus ibu tunggal, anak satu sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup, Hana kini sedang hamil second trimester. 

Dalam perkembangan lain, Abu kini sedang menunaikan umrah bersama beberapa jemaah lain.


Foto : Instagram Hana Azraa

IKLAN