“Suami Balik Kerja Lewat, Keluar Kerja Awal Pagi,” – Rindukan Suami, Faralyna Mahu Suami Berehat

Share

Pelakon, Faralyna Idris ada berkongsi luahan rasa melihat pengorbanan suami untuknya dan anak-anak.

Ulasnya, jangan sekadar melihat luaran, suami pergi kerja awal pagi dan pulang lewat malam.

Jelas bintang berkenaan lagi, itulah usaha seorang suami untuk membahagiakan keluarga.

“Pernah tak kita terfikir betapa besar pengorbanan yang suami kita dah buat utk diri kita dan anak-anak?

“Disebalik apa yang kita hanya nampak dgn mata kita, “suami blk kerja lewat, keluar kerja awal pagi” tu… Kalau dia tak sayang kita, takkan dia sanggup buat segala yang dia dah buat/tengah buat ni utk kita kan?

“Jom share your thoughts with me. Nak tahu ape korang rasa sebagai seorang isteri, #borakParaIsteri .. Boleh comment bawah, atau reply di latest ig story Bonda.

“Bonda rindu Ayah.
Tak sabar nak bualan puasa. Nak tengok Ayah rehat sikit.. Happy Monday, korang! Jgn murung pls. Treat Monday like any other days okay,” tulisnya.

Berkongsi rasa yang sama, netizen turut menulis pengalaman masing-masing akan pengorbanan suami tercinta untuk keluarga.

Masih wujud lelaki yang baik dan bertanggungjawab di dunia ini. Namun sukar untuk dicari, biasalah, permata harus digali, bukan bersepah di jalanan.

Foto – Instagram Faralyna Idris

IKLAN