‘Style Santai tapi Ngam’ -Netizen Suka Gandingan Awie Dan Erra Jadi Pengacara

Kagum betul MH lihat selebriti, Awie dan Erra Fazira yang boleh jadi kawan baik walaupun mempunyai ‘sejarah’ sebelum ini.

Semalam, Awie dan Erra menjadi pengacara jemputan rancangan Meletop di Astro memandangkan hos asal program itu mempunyai tuntutan kerja lain yang tidak boleh dielakkan.

Rasanya dah lama tak lihat kedua-dua mereka mengacara membuatkan MH rasa sedikit teruja untuk menontonnya dan ternyata gandingan Awie dan Erra sangatlah serasi dan menghiburkan.

Bukan MH sahaja tau yang berfikiran begitu, ramai juga netizen lain yang berpendapat sama dan mengatakan program tersebut kelihatan ‘fresh’ dengan adanya gandingan Awie dan Erra ini.

 

IKLAN

 

Bagi MH, Awie dan Erra masing-masing merupakan nama besar dalam industri. Tak mustahil mereka juga mempunyai aura tersendiri dalam menjayakan program tersebut.

IKLAN

Bagaimanapun, tidak dinafikan tentu saja ada peminat yang sudah ‘sebati’ dengan gaya hos yang dibawakan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa membuatkan ada yang tidak dapat menerima ‘style’ Awie dan Erra ini.

Pada MH, tidak kiralah sama ada Awie, Erra, Nabil ataupun Neelofa masing-masing mempunyai kelebihan sendiri dalam mengacara. Yang penting, penonton dapat ‘enjoy’ kan?

Sumber: IG Meletop