“Stress With All Your Comments,” – Komen Hampir Semua Foto, Ernie Kata Jangan Layan Syamel…Terus Anuar Zain Masuk Campur!

Share

Haru biru laman Instagram Ernie Zakri apabila setiap foto yang dimuatnaik pasti akan dianalisa oleh teman duet, Syamel.

Apa sahaja latar foto akan dijadikan bahan untuk ditulis diruangan kapsyen.

Red ? Lots of red colours.. pada pandangan saya, gambar ini menceritakan tentang memang banyak warna merah tetapi akan ada satu yang lain dari yang lain.. so awak interpretasi kan melalui warna merah di bibir awak? Right

“Such a magnificent way of thinking and secret brain!,” tulisnya. 

Malah, sikap lucu penyanyi Lebih Sempurna ini makin menjadi-jadi sehingga Anuar Zain, pakcik saudara kepada Ernie turut terkejut apabila dikatakan Ernie telah membeli rumah.

Adakah gambaran ini menunjukkan anda akan memiliki rumah sendiri nanti? Omg full of misteri lah gambar awak.”

Dan disoal kembali oleh Anuar Zain, “Eh!? Siapa beli rumah!???”

Lihat sahaja keletah manja pasangan ini dalam setiap gambar yang dimuatnaik sehingga Ernie meminta Syamel berhenti meninggalkan komen.

Foto – Instagram Ernie Zakri

IKLAN