“Stop Tanya Soalan Personal,” – Status Janda Bukan Soalnya Kata Amelia Henderson

Share

Tidak dinafikan, wajah cantiknya kerap menghiasi slot drama popular.

Malah, tidak putus-putus rezeki datang menyapa buat pelakon Amelia Henderson.

Bagaimanapun kongsinya, apa yang berlaku tiada kena mengena dengan soal status terkininya.

Terdahulu, Pelakon Cinta Non Grata itu mendirikan rumah tangga dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos 2015 dan berpisah pada 2018.

Malah, dia menolak sama sekali apabila diaju soalan berkaitan peribadi sambil menyifatkan ia tiada kena mengena dengan kerjaya.

“Saya rasa dah stop jawab soalan yang ada kena mengena dengan personal life. My personal life dengan public life sebagai pelakon tak pernah bertembung.

“So for me, saya mulai aktif tahun ini sebab rezeki. Saya percaya rezeki,”

katanya kepada MH.

Tambahnya lagi, soal status adalah hal lama yang tidak perlu diungkit kembali.

Itu hal lama. Soal jodoh, memang saya tiada masa untuk semua itu. Saya terlalu sibuk.

“Saya nak fokus dekat kerjaya sebab masih muda,” ulasnya yang turut membayangkan, dia bakal bersama pada umur 40 tahun.

Pada masa sama, wang dan populariti bukanlah segalanya.

Duit dan popular bukanlah apa yang kita jangka. Kalau awak rasa kaya dan popular hidup sempurna, tidak.

“Kalau awak pilih apa yang awak minat, awak akan sentiasa gembira walaupun tak kaya,” kongsi bintang cantik ini.

Terdahulu, Amelia ditemui media pada majlis Rexona #Afreshstart.

IKLAN