“Still Cam Tak Percaya Kita Dah Kahwin,” – Pejam Celik, Lebih Seminggu Nabil Mahir-Ayda Jebat Bergelar Suami Isteri

Share

Pelakon dan usahawan, Nabil Mahir mendedahkan dirinya bagai tidak percaya apabila dia dan Ayda Jebat sudah seminggu bergelar suami isteri.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Nabil,33, turut tidak percaya apabila akad nikah berjaya dilakukan dengan sekali lafaz sahaja.

“Pejam celik dah seminggu bergelar sebagai suami isteri. Still cam tak percaya kita dah kahwin. Welcome to the family wuvv!

“Tak caya bole 1 lafaz je. Ye la kan saya ni kaki tersasul je, Alhamdulillah,” tulis Nabil menyatakan rasa teruja itu menerusi salah satu entri di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. 

Entri berkenaan turut merakamkan foto bersama isteri di samping ahli keluarganya yang lain.

Serentak dengan itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya senang dengan perkahwinan mereka berdua.

Terdahulu, pasangan selebriri ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

Keduanya juga mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Foto: Instagram Nabil Mahir

IKLAN