“Macam mana sekali pun, pusing-pusing di situ juga. Industri kita ini kecil saja.”
Demikian kata penyanyi Stacy Anam, selepas ditanya mengenai status hubungannya dengan rakan artis, Bella Astillah susulan kontroversi serta penarikan dirinya daripada terbabit di dalam konsert A Night With A Sumandak Stars, 30 November depan.
Stacy berkata, dia senang untuk bersikap matang dan profesional selain dia mengenali rapat penyanyi Tapi Bukan Denganmu itu.
“Lebih-lebih lagi dia pun orang kampung saya juga. Bagi saya yang memperbesarkan isu ini ialah netizen. Sebenarnya kami okay sahaja.
“Sebab macam saya sendiri pun, tak ada masa untuk jelaskan siapa yang bersalah dan sebagainya. Tak kan nak sampai ke situ kan?
Ads
“Jadi biarlah, pada saya perkara ini akan berlalu. Yang penting kami semua okay sahaja,” katanya.
Stacy pada masa sama bersyukur apabila suaminya yang juga penyanyi, Akim Ahmad memberikan sokongan dan memahami apa yang ingin dimahukan isterinya selama bergelar penyanyi.
Malah, penyanyi lagu Pelangi Senja ini gembira apabila atas asbab penarikan diri, rakan-rakan lain turut mendapat rezeki.
Ads
“Lagi tiga rakan penyanyi saya ada rezeki dan bakal buat persembahan di situ. Alhamdulillah rasa gembira. Ada hikmahnya.
“Walau mereka tak tahu mengapa saya mahu tarik diri dan sebagainya, namun bila jadi situasi itu saya turut tumpang syukur,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Stacy mengejutkan ramai pihak apabila menarik diri daripada menjayakan konsert yang turut menampilkan Azharina, Ayu Damit, Marsha, Nikki Palikat, Adira, Salma Asis, Bella Astillah, Didie Astillah dan Wani Kayrie itu.
Sebelum ini Stacy memaklumkan punca dia menarik diri disebabkan syarat diletakkan tidak dipenuhi pihak penganjur iaitu Orange International Entertainment.
Dalam perkembangan lain, Stacy dan Akim Ahmad bakal bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) tahun depan apabila dua karya ciptaan mereka iaitu Sengaja (Amir Masdi) dan Saksama (Akim And The Majistret) lolos ke anugerah muzik berprestij itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski telah melabuhkan tirai malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) pada Jumaat lalu, namun kehangatan dan bahangnya masih lagi terasa sehingga hari ini.
Mana tidaknya, para pemenang dan persembahan yang disajikan menjadi momen paling bermakna buat yang menonton.
Persembahan memukau dari Datuk Jamal Abdillah misalnya, yang menyanyikan lagu beberapa buah lagu diiringi alunan muzik piano dari Sissy Iman cukup membuai perasaan.
Pelakon dan pengarah, Erma Fatima juga bagaikan ‘dibuai’ perasaan menghayati bait-bait lagu yang disampaikan Raja Pop itu ketika mendendangkan lagu Di Sudut Kamar Hatiku.
“Satu tiada duanya Jamal Abdillah… Subhanallah…Anugerah Allah.
“Dulu masa muda2 aku pernah bawa bunga kt RTM nk bg kt dia sbb terlalu minat…bunga aku sampai hilang..tak sempat nk bagi pun,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram sambil menonton persembahan Jamal menerusi kaca tv.
Video yang dirakam spontan itu, melihatakan Erma khusyuk menyaksikan persembahan memukau dari penyanyi berusia 60 tahun itu.
“Rasa mcm ada jin di tekak dia, buka mulut je sedap. Tak ada siapa boleh lawan.
Penyanyi muda, Ismail Izzani menjadi perhatian netizen sejak awal hari ini apabila foto bersama dengan aktres sensasi, Zarina Ann Joulie mulai tersebar.
Malah, aksi mereka yang menampakkan seperti selebriti lelaki itu sedang merangkul Zarina sepertinya berlaku di sebuah kelab malam, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen menerusi Twitter.
Difahamkan, sekeping gambar itu dimuat naik rakan artis, Fathia Latiff di Instagramnya yang meminta penyanyi lagu Luar Biasa itu menghubungi Zarina.
“@ismailizzani call her now!,” tulis Fathia.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa tujuan Fathia meminta penyanyiberkenaan itu menghubungi pelakon tersebut.
Foto yang turut memaparkan penampilan Zarina yang berpakaian seksi hingga menampakkan bahagian belakang baju dalam yang pakai, selain tidak mengenakan tudung turut menjadi persoalan ramai.
Tidak berapa kemudian, Fathia dipercayai telah pun memadam gambar tersebut di Instagram miliknya. Malah penyanyi Luar Biasa itu juga telah pun menutup beberapa ruangan komen menerusi beberapa keping fotonya di Instagram.
Foto: Instagram Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Abby Abadi memaklumkan dirinya kini sedang dalam usaha mencari dan membantu mana-mana wanita atau bakal ibu yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi mereka.
Menurut Abby, pertolongan ini bertujuan memberikan bayi tersebut masa depan yang lebih baik terutama buat mereka yang segan untuk berurusan dengan mana-mana badan kebajikan.
“Saya memerlukan bayi yang tak mampu dipelihara. Macam pelik je bunyinya kan tapi itulah dia.
“Saya menyeru pada adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu yang tidak mampu menjaga bayi mereka, jika segan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan yang sepatutnya, boleh berurusan dengan saya untuk saya berikan masa depan yang lebih baik buat bayi itu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama, Gerak Khas itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Abby turut mendedahkan dia tidak kisah mengenai apa jua status bayi tersebut malah turut berjanji akan menyerahkan mereka kepada penjaga yang benar-benar berkelayakan.
“Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun, sah atau tidak sah.
“Saya akan usaha untuk bantu mendapatkan penjaga yang baik dan mampu menjaga dengan penuh tanggungjawab
“Yang sudah lahir di alu-alukan. Kalau belum lahir kita bincang dan rancang awal ye. DM tau.
“Ps: Yang tak berminat, mencari salah, sibuk nak pertikaikan itu dan ini, komen anda tidak diperlukan disini ye. ALLAH sebaik-baik penilai,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha murni tersebut selain turut mendoakan agar segala urusan Abby dipermudahkan.
Terdahulu, pada tahun 2018, Abby bersama suaminya, Muhammad Faizal telah pun mengambil seorang anak angkat lelaki, tidak sampai sebulan kemudian pasangan tersebut mendedahkan menerima seorang lagi bayi perempuan.
Kemudian pada April lalu, pasangan ini memutuskan untuk menambah seorang lagi bayi perempuan yang ketika itu baru berusia sembilan hari untuk dijadikan anak mereka.
Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Ogos 2015 dan telah pun dikurniakan anak pra matang pada tahun lalu namun meninggal selepas 70 hari dilahirkan.
Sumber: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!