Stacy Minta Akim Belajar Masak & Nikmati Makanan Tradisional Sabah, Ambuyat…Lihat Respon Si Suami!

Share

Bak kata orang, apabila sudah berkahwin dengan seseorang, haruslah mencintai cara pemakanan tradisinya juga. Betul tak?

Begitulah situasi yang dilalui penyanyi, Akim Ahmad apabila dia perlu belajar cara menyediakan makanan tradisi orang Sabah iaitu ambuyat atau nantung.

Menerusi video Youtube Channel isterinya, Stacy Anam, pasangan ini sedang menyediakan makanan tradisi tersebut sambil berkongsi bahan-bahan yang diperlukan.

Video berdurasi 10 minit itu melihatkan Stacy sedang mengajar Akim cara penyediaan ambuyat.

Sekali gus, menjadikan anak kelahiran Johor itu berselera menikmati keunikan makanan tradisi Sabah.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 15,000 tontonan selepas dimuat naik penyanyi lagu Kasanova ini beberapa jam lalu.

Malah, rata-rata peminat terhibur dengan kedua-dua pasangan ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Eshaal.

Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 7 tahun.

Video : Youtube Channel Stacy Anam

IKLAN