Ramai sedia tahu yang rakan baik Kila, Izara Aishah sudah pun mendirikan rumah tangga bulan lalu. Jadi apabila MH bertemu dengan penyanyi dan pelakon ini di ulang tahun pertama Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya baru-baru ini, kami sempat bertanya mengenai kisah peribadinya.

Akui Kila, dia lebih selesa untuk berkawan dengan mana-mana lelaki, tanpa ada komitmen terhadap soal cinta dan kasih sayang.

“Sorrylah…Tapi kalau boleh memang nak elakkan suami orang,” – Kilafairy

“Saya percaya pada jodoh. Kalau sudah sampai seru, saya akan kahwin. Tidaklah rasa tertekan atau pun sunyi kerana saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Malah, rakan-rakan rapat pun selalu isi masa bersama. Jadi tiada istilah sunyi atau bosan tak ada teman lelaki.

 

“Mama (Rohana Jalil) pun kalau boleh dia mahu saya kahwin pada usia 30 tahun, dalam lima tahun lagi. Katanya kumpul aset dan bina kerjaya dulu. Mama tidaklah bising fasal jodoh, tapi Papa ada juga tanya bila nak kahwin,” kongsinya.

Ditanya sama ada dia tidak kira status lelaki untuk menjadi suami, selebriti cantik ini cuba elak andai lelaki yang cuba mendekatinya ialah suami orang.

IKLAN

“Sorrylah…Tapi kalau boleh memang nak elakkan suami orang,” – Kilafairy

“Sorrylah. Tapi kalau boleh memang nak elakkan suami orang. If kita letak situasi isteri orang tu, kau rasa? Sebelum masuk industri pun sudah ada suami orang yang nak cuba rapat. Cara terbaik, janganlah layan. Memang tidak boleh elak kalau sudah jodoh, tapi saya memang cuba elak. Kalau duda lagi better rasanya dari laki suami orang,” kongsi Kila jujur.

Dalam perkembangan lain, penyanyi asal Kuala Lumpur ini bakal melancarkan single terkininya berjudul Put The World In yang turut menampilkan rapper antarabangsa, Sean Kingston. Difahamkan, lagu barunya itu akan dilancarkan pada pertengahan Januari depan.

IKLAN

Terdahulu, Restoran D’ Empangan Udang Galah yang diusahakan Datin Ina bersama keluarga turut menawarkan beberapa elemen baru bersempena dengan operasi rastorannya tahun hadapan. Antaranya ialah dengan menyajikan beberapa menu baru, seiring cita rasa pelanggan.

IKLAN

“Selain menu baru, kami juga turut menawarkan servis katering untuk majlis formal dan tidak formal. Malah, lokasi ini juga boleh dijadikan veneu keramaian seperti majlis perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Lebih menarik, kami juga akan mengadakan sambutan di ambang tahun baru 2018 di lokasi sama. Turut memeriahkan sambutan tersebut nanti ialah selebriti popular,” katanya.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI