Pelakon Nadya Syahera ada meluahkan rasa apabila masih ada pihak yang menyentuh soal fizikal seseorang tanpa mengetahui akan hal sebaliknya.
Malah ulas ibu kepada dua cahaya mata menerusi Instagram lagi, dia turut memberi pesanan kepada semua untuk bersyukur atas apa adanya, asalkan sihat sentiasa.
”Kalau orang lain ada masalah nak kurus, ada orang kata gemuk lah, isi terlebih lah, berat overkilo lah, Baju susah size, stress nak kurus tapi tak boleh lawan selera makan. Diet pun tak kurus jugak.
”Tapi pada i, lain plak. I rasa korang yang ada selera makan, tengok makanan ada nafsu, korang makan jee, biarlah berisi sikit pun asalkan badan tu sihat takde sakit every month masuk hospital kan.Jangan sampai diet nak kurus sampai memudaratkan. Bersyukur jelah tapi makan jangan makan benda yg berisiko bawak penyakit plak.
”Macam i ni, kadang terasa stress jugak bila sekarang ni i kurus dari sebelum ni, Dulu i pakai S atau M tapi lebih kurang setahun lepas badan i jadi drop, kurus tapi kilogram maintain jugak 47-50kg. Badan je makin kecil. Orang kata berat tulang,” jelas Nadya.
Lalu, bintang drama Setelah Terlafaznya Akad ini turut bercerita mengenai reaksi ramai apabila bertemu dengannya.
“So bila jumpa orang, hampir semua org yg i jumpa, reaction dorang.. ‘ keciknyaaa’, Kurusnyaa’ kaki ke ranting?’ Macam bangaulah, ‘bigbird lah’ awat kurus sgt?’ dan banyaklah lagi lah.
“To be honest, i rasa down jugak bila dapat kata2 macamtu dari orang. sbb i tak mintak pun kurus kering macamni. I ni mmg jenis suka skip makan dari dulu lagi smpai skrg tapi badan i tak pernah drop sampai ke tahap org tgk pun tkejut.
”Maybe sbb faktor hormon n faktor mak anak dua kan. At one point rasa nak pi ambik macam2 supplement supaya instant dapat gemukkan badan. Tapi pikir balik buat apa nak buat semua tuuu.
“I patut bersyukur walaupun i kurus kering macam ranting ke, tiang letrik ke, kaki size pelpero ke.. ahhh lantokklahh. Allah bagi i sihat tubuh badan, bukan nak riak tapi nak share pada orang yg suka ‘ BODY SHAMING ‘ ni, atleast i sihat jarang sangat sangat sakit demam. Boleh jaga keluarga i dengan sihat gitu.
“So pada korang kat luar sana, korang GEMUK atau KURUS. Bersyukur lah dengan kejadian Allah bagi. Kalau rasa nak kurus atau nak gemukkan badan korang, pilih cara yg paling baik okay . Sentiasa Bersyukur dgn apa adanya. Jadilah diri sendiri, pedulikan orang.
”Siapa yg kutuk kutuk tu, katanya ‘Body Shaming’ boleh saman. Ha mohh kite saman dorg. Biashee tu mulut jari tangan korang takde adab eh kutuk kejadian Allah. hamboiiiii,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi Siti Sarah menerusi Instagram ada memberikan pencerahan mengenai fizikalnya yang kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum ini.
Katanya pada posting tutorial solekan buat tatapan ramai, dia tidak mengandung seperti yang disangka ramai, tetapi kerana berat badan naik dan kulitnya turut alami selaran matahari.
“Masa ni tembam gile sampai org ingat saya hamil. Im not pregnant I was just fat and kulit pun sun burn teruk.
”Tak sangka berat mencapai sampai 65 kg!! Dah la tembam pendek pulak tu. Tapi tetap gigih nak cantik.
”Pakai @ratasyacosmetics sebab kecantikan milik semua insan,” tulisnya lalu mendapat reaksi pelbagai dari peminat.
Perkongsian satu status dari suami penyanyi Jaclyn Victor, Shawn Rivera yang juga merupakan vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet menjadi perhatian.
Shawn menerusi perkongsian yang berkaitan dengan perkahwinannya di laman Facebook beberapa jam lalu.
“Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan, namun hakikat tinggal berjauhan dalam tempoh cukup lama membuatkan masing-masing agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan situasi berbeza ini.
“Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.
“We will always love and cherish our Jonah and Molly.
“Melihat senyuman mereka, terubat segala rasa sedih dan patah hati yang saya lalui ketika ini,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan selebriti itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3
Foto: Facebook Shawn Rivera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...