MH amat tertarik dengan perkongsian saudara baru Islam iaitu pemain ragbi, Sonny Bill William, 32 tahun yang kini sedang mengerjakan ibadah umrahnya di Tanah Suci.

Sonny Bill William Kongsi Gambar Mengerjakan Umrah, Tapi Dikecam Kerana Tatu Masih Di Badan

Bintang Union Star itu banyak berkongsi gambar-gambarnya dihadapan Masjidil Haram dan Kaabah di laman Twitter miliknya.

Melalui kapsyen fotonya, beliau banyak melahirkan rasa kagum terhadap kebesaran Allah SWT.

Sonny Bill William Kongsi Gambar Mengerjakan Umrah, Tapi Dikecam Kerana Tatu Masih Di Badan

Ads

“Rasa yang amat mengagumkan dapat melawat makam para nabi, masjid suci di Madinah. Terima kasih pada Sheikh yang banyak membantu memberikan tunjuk ajar ,” tulisnya.

Dalam pada itu, gambar yang menarik perhatian MH adalah foto dia memakai ihram di hadapan Kaabah.

Foto itu juga turut mendapat banyak komen daripada netizen seluruh dunia, kebanyakkan mereka memberikan pujian pada pemain ragbi tersebut.

Sonny Bill William Kongsi Gambar Mengerjakan Umrah, Tapi Dikecam Kerana Tatu Masih Di Badan Sonny Bill William Kongsi Gambar Mengerjakan Umrah, Tapi Dikecam Kerana Tatu Masih Di Badan Sonny Bill William Kongsi Gambar Mengerjakan Umrah, Tapi Dikecam Kerana Tatu Masih Di Badan

Ads

 

Bagaimanapun, biasalah netizen kan? ada sahaja yang salah dimata mereka. Melalui pemerhatian MH, ada pula yang mempertikaikan tatu di lengan William mendakwa ia tidak halal.

Ads

Akan tetapi, ada yang mempertahankan William apabila mengatakan tatu tersebut dibuat semasa pemain tersebut belum memeluk Islam.

Sonny Bill William Kongsi Gambar Mengerjakan Umrah, Tapi Dikecam Kerana Tatu Masih Di Badan

Sonny Bill William Kongsi Gambar Mengerjakan Umrah, Tapi Dikecam Kerana Tatu Masih Di Badan

Bagi MH sendiri, isu seperti ini tidak perlu dipertikaikan. Itu antara dirinya dan Sang Pencipta. Lagi pun sah-sahlah dia baru sahaja memeluk islam kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI