Rasanya ramai tahu bahawa ketua grup Girl’s Generation, Taeyeon berdepan waktu sukar dengan kematian Shinee, Jonghyun memandangkan dia merupakan salah seorang selebriti yang paling rapat dengan mendiang.

Sones Buat Taeyeon Tidak Menyesal Datang Malaysia!

Bagaimanapun, hidup perlulah diteruskan, sebagai seorang selebriti, dia juga perlu berdepan dengan peminat dan beraksi semula di atas pentas. Tapi, beruntungnya Taeyeon apabila peminatnya, Sones sering memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Sabtu lalu semasa Kwave Music Festival, Taeyeon secara terbuka mengakui sukar untuknya meneruskan aktiviti seninya setelah apa yang berlaku tetapi peminat (Sones) membuatkan dia kekal tabah.

“Sukar untuk saya datang (ke Malaysia) kerana masalah peribadi, tetapi kini bila saya berada di sini…saya gembira dengan keputusan ini,” katanya ketika berbual seketika bersama peminat.

Sones Buat Taeyeon Tidak Menyesal Datang Malaysia!

IKLAN

Dalam pada itu, Sones juga turut menyediakan banner yang menyatakan ‘Taeyeon, I all ears,’ dalam memberikan sokongan buat penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, ketika menyanyikan lagu ‘Fine’, semua peminat menaikkan banner tersebut membuatkan Taeyeon terharu dan hampir mengalirkan air mata.

IKLAN

MH sendiri yang berada di sana turut sebak melihat hubungan antara Sones dan Taeyeon itu, selain terpukau dengan persembahan mantap yang diberikannya. Dia menyanyikan 5 buah lagu iaitu I, 11:11, Fine, Make Me Love You dan Hand On Me.

Sones Buat Taeyeon Tidak Menyesal Datang Malaysia!

IKLAN

Sementara itu, Taeyeon juga sempat bergurau dengan Sones dan menunjukkan bakat berbahasa Melayunya.

“Saya ingatkan translator akan bercakap dalam Bahasa Melayu, terkejut juga bila dia translate English. Sepatutnya saya sediakan teks dalam bahasa Inggeris.

“Apa khabar, saya Taeyeon. Aku cinta padamu,” katanya.

Di hujung persembahannya, dia sempat menyampaikan penghargaannya kepada para peminat.

Sones Buat Taeyeon Tidak Menyesal Datang Malaysia!

“Thank you for coming, I hope you all have fun tonight,” katanya sebelum mengundur diri.

Kwave 2 Musik Festival dibawakan oleh Mcalls serta dianjurkan oleh Macpiepro.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI