Spekulasi mengenai pelakon jelita Ruhainies yang dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi semakin bertiup kencang.

Ia susulan daripada perbualan WhatsApp Ruhainies bersama seorang individu misteri yang dikongsikannya sendiri di laman Twitter baru-baru ini.

“Someone’s giving me a hint,” tulisnya.

Menerusi perbualan tersebut, Ruhainies dilihat seakan teruja selepas individu berkenaan menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon tersebut secepat mungkin.

IKLAN

Individu tersebut turut memberi tahu bahawa dia amat menyayangi Ruhainies dengan sepenuh hatinya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Ruhainies amat teruja mendengar perkhabaran gembira tersebut dan mendoakan yang terbaik untuk pelakon kesayangan mereka itu.

IKLAN

“Someone’s Is Giving Me A Hint,”- Ruhainies Beri Bayangan Bakal Tamat Zaman Bujang?

IKLAN

Terdahulu, Ruhainies yang sebelum ini sering dikaitkan bersama pemain bola sepak negara, Safawi Rasid mengakui sedang di dalam fasa mengenali hati budi seseorang.

Jika spekulasi ini benar, MH doakan hajat Ruhainies yang ingin mendirikan berumah tangga tidak lama lagi akan tercapai dan segala urusan mereka akan dipermudahkan.

Foto: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI