“Someone Called Me Adibah Badak,”- Adibah Noor Dipanggil Badak, Ini Jawapan Balasnya…Sinis Okay!

Share

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Adibah Noor telah menulis satu twit menerusi akaun Twitters miliknya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terlalu Istimewa itu telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada individu yang memanggilnya ‘Adibah badak’.

Di samping itu, Adibah telah memberikan kata-kata sinis kepada individu tersebut.

“someone called me adibah badak. heheheheheheheeh i hope his wife will never grow fat and flabby.. or his balls hanging like yoyo.”tulisnya.

Lalu, peminat bersetuju dengan kata-kata Adibah malah peminat juga turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi yang berusia 48 tahun itu.

Alahai, tidak baik untuk kita menghina fizikal dan rupa paras seseorang. Alangkah baiknya kita memberikan kata-kata semangat kepada orang lain.

Foto : Twitter Adibah Noor

IKLAN