Berita

“Sombong-Sombong Nak Ke Mana?,” – Dayah Bakar

Share

Pengacara Dayah Bakar tampil mempersoalkan sikap segelintir individu yang tidak bertegur sapa apabila bertemu secara bersemuka, meskipun sebelum ini pernah berkomunikasi dan berbaik-baik.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Threads, Dayah berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya apabila berdepan dengan individu yang dilihat mesra sebelum ini.

Namun, ada yang seolah-olah bertindak tidak mengenalinya ketika bertemu.

“Pernah tak anda berada dalam situasi di mana anda kenal seseorang, dah bercakap beberapa kali.

“Tapi bila jumpa depan-depan dia buat tidak tahu, bercakap dengan orang lain, seolah-olah saya ni orang yang tak dikenali,” katanya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, ada yang mengaitkan sikap sedemikian dengan raut wajah yang kelihatan serius atau sombong.

Namun, dia berpendapat hakikatnya memang wujud individu yang benar-benar bersikap sedemikian.

“Ia adalah pilihan. Kadang-kadang orang kata mungkin nampak sombong sebab raut wajah, tapi sebenarnya memang ada yang sombong,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/setelah-7-hari-kami-berkongsi-genap-seminggu-bersalin-dayah-bakar-umum-nama-anak-kedua-maknanya-cukup-indah/

Dayah Cuba Bersangka Baik

Dalam pada itu, pengacara Hijabista itu mengakui dia sudah berusaha untuk bersangka baik setiap kali berdepan situasi tersebut, namun perasaan itu sukar untuk dipertahankan.

“Saya rasa saya sudah cuba bersangka baik dan masih tak boleh,” jelasnya lagi.

Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa berbuat baik dan mengelakkan sikap sombong dalam kehidupan seharian.

“Pesanan saya, tolong jadi insan yang baik yang selalu membuat kebaikan. Nak sombong sombong nak ke mana?,” akhirinya.

Terdahulu, Dayah memuat naik video berkenaan di akaun Threads miliknya bagi mendapatkan pandangan netizen mengenai situasi yang dialaminya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Nurdini Rosliza