Pencetus Ummah(PU) Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail berkongsi pengalaman istimewa bersama Hafidz Roshdi sewaktu sama-sama menjalani penggambaran di Kota London tidak lama dulu.
Jelas penceramah bebas ini, dia cukup kagum dengan keperibadian pelakon tersebut yang cukup menjaga solat fardhu lima waktu dan tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat sekiranya berkelapangan.
Lebih mengagumkan, Hafidz turut memasang penggera di telefon bimbit untuk mengejutkannya pada waktu Subuh dengan kata-kata amaran ‘bangun solat’.
Bakal bergandingan menerusi lagu Gurauan Berkasih bersama, Siti Nordiana ada memberikan pesanan buat peserta Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6), Naqiu agar terus konsisten di dalam memberikan persembahan terbaik buat juri dan peminat.
Katanya kepada MH, peluang datang hanya sekali dan sebolehnya, cuba manfaatkan untuk habiskan sebuah lagu itu sesempurna yang mampu.
“Setiap minggu cuba untuk kekalkan momentum. Harus diingat, kita punya peluang hanya datang sekali.
“Kita hanya ada lebih kurang tiga minit untuk buktikan sesuatu kepada juri dan peminat.
“Saya sendiri sudah pun melakukan sesi latihan bersamanya dan InsyaAllah kami akan cuba sampaikan lagu tersebut dengan sehabis baik.
“Apatah lagi lagu ini antara banyak yang meninggalkan memori, nostalgia yang imbau kenangan lama dalam kerjaya saya,” katanya yang turut memberi pesan kepada bintang itu supaya menjaga kesihatan sepanjang pertandingan.
Berkongsi pandangannya terhadap vokalis kumpulan Boboy itu pula, juara GV musim kedua ini menyifatkan Naqiu sebagai penyanyi yang menyampaikan sesebuah lagu dari hati.
“Kita sedia maklum dia lama menyepi dan kembali beraksi di pentas GV. Pandangan saya mengenainya, dia sebenarnya penghibur yang menyanyi dari hati.
“Bila dia menyanyi itu sepertinya dia bercerita yang sekali gus membuatkan penonton senang ‘tangkap’ apa yang ingin disampaikan.
“Secara tak langsung, ia buatkan setiap persembahan yang dipersembahkan itu diingati,” terang Nana yang turut menasihati Naqiu agar terus terapkan sikap merendah diri serta menghormati semua orang.
Terdahulu, Duet diangkat sebagai tema dalam saingan keempat konsert GV6 dan setakat ini, dua bintang sudah pun tersingkir dalam saingan iaitu Mazleeda dan Amer Sofazr.
Gurauan Berkasih merupakan lagu nyanyian asal Nana bersama Allahyarham Achik Spin yang dilancarkan pada akhir 90-an.
GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski 10 tahun berlalu, ternyata filem Pisau Cukur ini masih seronok untuk ditonton.
Siapa yang boleh lupakan frasa ‘oh my Gucci atau ‘oh my Prada’ kan?
Filem perihal dua orang bernama Intan dan Bella yang dilakonkan Fazura dan Maya Karin yang giat mahu capai cita-cita tersendiri itu nyata menjadi satu gandingan mantap dan serasi.
Bukan itu sahaja, filem ini turut dibintangi pelakon hebat lainnya seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Datuk Eizlan Yusof, Khatijah Tan, Datin Umie Aida, Liyana Jasmay dan ramai lagi.
Mungkin ada yang tidak tahu, Amelia Henderson juga turut membintangi dalam filem ini dengan memegang watak Intan ketika masih sekolah rendah.
Walaupun filem ini tidak dilakonkan atas sebuah kapal percutian mewah sebenar, namun ia tetap kelihatan realistik, bak belajar merentasi lautan biru!
Filem yang pernah mencipta fenomena industri perfileman ini telah diarahkan oleh pengarah hebat, Bernard Chauly.
Terdahulu, filem Pisau Cukur ini telah ditayangkan pada 5 November 2009 di seluruh pawagam tanah air dan difahamkan meraih kutipan sebanyak RM 2.32 juta.
Sumber: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyokong perjalanan kerjaya rakan seperjuangannya, Naqiu dalam Gegar Vaganza ke-6 (GV6), Tomok menafikan comeback Naqiu bakal ‘caras’ tapaknya dalam industri.
Sebagai teman seperjuangan, jelasnya sifat cemburu hanya merosakkan industri hiburan.
“Saya penyokong Naqiu. Setiap minggu dia berikan persembahan terbaik. Saya doakan dia terus berjaya dan jangan berhenti. Bakatnya sangat besar.
“Tiada isu kebangkitan Naqiu akan tenggelamkan Tomok. Kami saling menyokong dan ada peminat tersendiri.
“Saya sendiri menyokong dia, tiada istilah cemburu. Ia tidak bagus untuk industri.
“Jadi tiada isu siapa tenggelamkan siapa. Kami sama-sama menyokong kerjaya,” jelas Tomok kepada MH.
Pada masa sama, bintang berusia 35 tahun ini juga tidak menolak kemungkinan untuk berduet bersama bekas anggota kumpulan Boboy itu.
Ini kerana, Tomok memandangkan nilai sentimental mereka cukup tinggi di kalangan peminat.
“Dia ada hubungi saya sewaktu menyanyikan lagu Meraung. Kami masih berhubung namun tidaklah begitu rapat kerana masing-masing ada komitmen tersendiri.
“Saya terbuka untuk berduet dengannya. Gandingan kami punya nilai sentimental kerana datang daripada zaman yang sama. Jika ada rezeki, saya tidak menolak,” jelasnya lagi.
Bapa kepada dua anak ini turut memberi kata-kata dorongan buat penyanyi Boboi itu dan menyifatkan perjuangan sebenar adalah selepas tamat GV.
“Ia hanyalah satu platform, tidak menjamin kerjaya selepas itu. Cabaran sebenar selepas keluar daripada GV. Kena sentiasa merendah diri,” katanya.
Malah, Tomok juga tidak menolak kemungkinan untuk turut sama menyertai Gegar Vaganza pada masa akan datang andai adanya tawaran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.