Berkongsi ketakutan selepas menonton filem seram Indonesia berjudul Makmum, anak kepada Datuk Vida, Cik B ada melayangkan status di laman Twitter dengan menyatakan dia terpaksa tunai solat di berhampiran dinding supaya tiada makmum di belakang.
“Lepas tengok cerita “MAKMUM” cikb solat belakang dinding supaya tiada makmum,” tulisnya ringkas.
Lepas tengok cerita “MAKMUM”cikb solat belakang dinding supaya tiada makmum
Dek status berkenana, pengguna Twitter ada memberikan reaksi pelbagai dan mengatakan mungkin selepas ini akan muncul filem seram berjudul Imam pula!
Ads
Malah, kata mereka lagi jika solat di belakang dinding, mungkin akan mendatangkan masalah sewaktu Rukuk.
Ads
Ada juga mengatakan ‘makmum’ akan muncul dari atas siling rumah.
Ads
Makmum, filem seram yang ditayangkan di pawagam bermula 15 Ogos lalu mulai diperkatakan ramai sejurus ditayangkan di negara ini.
Makmum mengisahkan tentang tiga remaja yang tidak dibenarkan pulang ke rumah sewaktu cuti sekolah mendapat godaan saat melaksanakan ibadah solat. Setiap kali solat, selalu ada ‘makmum’ yang mengikuti mereka.
Makmum dibintangi Titi Kamal, Bianca Hello, Tissa Biani, Adila Fitri, Jajang C Noer dan Reny Yuliani.
Foto : Twitter Cik B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mengakui dirinya mahu buat kelainan untuk melancarkan album terbarunya yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Kongsi penyanyi yang popular dengan lagu Harus Terpisah ini, dia mengambil keputusan untuk tidak menyanyikan lagu-lagu ‘patah hati’ seperti barisan lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.
“Jika album pertama saya ada banyak lagu-lagu yang berunsur patah hati, tetapi kali ini untuk album baru semuanya berunsur lagu-lagu positif dan kebahagiaan.
“Saya sudah tidak mahu lagi mengeluarkan lagi lagu berunsur patah hati.
“Jika kita sentiasa rasa bahagia dan gembira pastinya ia juga akan mempengaruhi minda kita. Itu antara mesej yang saya mahu ketengahkan dalam lagu baru akan datang ini,” katanya kepada MH.
Cakra, 27, ketika ditemui di sidang media Big Stage 2019 di Damasara Utama pada Selasa berkata, dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pasaran menerusi aplikasi digital.
“Album ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. Kalau diikutkan situasi pasaran muzik sekarang, memang saya akan lebih beri perhatian kepada jualan lagu menerusi aplikasi digital kerana jualan album fizikal kurang mendapat sambutan,” jelas Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman.
Dalam perkembangan lain, Cakra turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap program realiti, Big Stage 2019 bagi mencungkil bakat-bakat ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU).
Big Stage 2019 akan bersiaran mulai 18 Ogos ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Seramai 12 peserta akan bersaing dalam program realiti tersebut iaitu Santesh, Adzrin, Irfan Harris, Kucaimars, Neeta, Syada Amzah, Fieya Julia, Sheryl Shazwanie.
Sementara empat peserta luar negara yang turut bersaing ialah Aziz Harun (Brunei), Jang Han-Byul (Korea Selatan), Chaleeda Gilbert (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia).
Foto : Instagram Cakra Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya