Berita

Sokong Pandangan Namron, Erma Fatima Ulas Hanya Yang Tertentu Layak ‘Diva’ Di Set – “Kena Ukur Baju Di Badan Sendirilah…”

Share

Pengarah dan penerbit Erma Fatima tampil menyatakan sokongan terhadap pandangan pelakon Namron yang sebelum ini membangkitkan isu pelakon baharu meminta bayaran tinggi sehingga mencecah RM100,000 bagi sebuah naskhah filem.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Erma berpendapat setiap pelakon perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ dan tidak menjadikan jumlah pengikut di media sosial sebagai penanda aras kemampuan sebenar dalam bidang lakonan.

“Setuju sangat! Kena ukur baju di badan sendirilah kan. Kadang-kadang dia orang ni bila follower tinggi sikit, dah rasa hebat.

“Berlakon tak seberapa pun. Pelakon pun kena buat homework juga.

“Berapa payment station bayar produser, production house satu-satu nya business yang nak dapat 20% untung pun seksa tau,” tulisnya.

Hanya Nama Besar Layak Bergelar ‘Diva’

Dalam hantaran sama, pengarah filem Langit 2 Warna itu menegaskan gelaran ‘diva’ hanya layak disandang oleh mereka yang benar-benar hebat dan telah membuktikan kemampuan dalam bidang lakonan.

“Macam isu nak jadi diva jugaklah, kalau kau berlakon pun tak seberapa, apa kelas kau nak tunjuk diva dekat set. Tu yang susah bila pelakon feeling hebat ni.

“Yang dah terang-terang hebat macam Eman Manan, Beto, Bront, Nabila Huda, Kak Ogy dan beberapa nama besar yang terbukti kehebatan lakonan mereka yang layak untuk diva di set.

“Dan kita produser pun faham tuntutan-tuntutan yang melibatkan profesional. Bukan menyusahkan semua orang dekat set.

“Bila dekat set, kerja macam family. Ada toleransi, ada give and take. Yang penting kau tak kusutkan otak director dan team,” luahnya lagi.

Sikap Profesional Jadi Keutamaan Pengarah

Tambah Erma lagi, sikap yang baik merupakan antara faktor paling penting dalam memastikan kelancaran sesebuah produksi.

Malah, pelakon yang bersikap profesional serta mudah bekerjasama akan sentiasa menjadi pilihan utama mana-mana pengarah untuk membintangi sesebuah karya.

“Tetapi kalau kau setakat sedu-sedan masuk set mcm kau artis popular naw-naw, production pun ambik sekali jelah kan.

“Tak ada director nak hadap pelakon yang ada masalah attitude dekat set.

“Anyway, produser akan senang hati ambil pelakon yang tidak menyusahkan orang sebab director nak kerja dengan tenang di set. Harap maklumlah ye,” kongsinya.

Terdahulu, isu ini menjadi perhatian apabila pelakon senior Namron, mendakwa tindakan seorang pelakon baharu yang didakwa berani meletakkan harga sehingga RM100,000 bagi sebuah filem meskipun masih belum memiliki pengalaman serta kualiti lakonan yang setanding dengan bayaran tersebut.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Nurdini Rosliza