Anggota polis wanita yang kini bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff menaklumkan dirinya sudah bertunang dengan pelakon Raja Afiq, awal Mac lalu.
Merancang untuk berkahwin Ogos ini, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Harian Metro bagaimanapun berkata, hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sepatutnya kami merancang untuk menamatkan ikatan pertunangan ini ke fasa perkahwinan pada Ogos nanti, tetapi memandangkan PKPB masih berjalan, maka terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.
“Cuma, harapan kami semoga majlis pernikahan diimpikan dapat berlangsung sebelum tahun depan.
“Namun, saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya kerana kami belum buat sebarang persiapan lagi seperti Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin.
Ads
“Selain itu, saya juga perlu menjalani beberapa prosedur permohonan lain memandangkan kerjaya sebagai anggota polis,” katanya seperti yang dipetik.
Soffwany atau nama sebenarnya, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff turut menambah, dia dan Raja Afiq juga tidak berniat merahsiakan majlis pertunangan selepas tiga bulan berkenalan.
Ads
“Ketika di awal perkenalan kami, saya jarang melayan Afiq yang kerap menghantar mesej peribadi di Instagram. Namun, melihat pada kesungguhan itu saya akhirnya tertarik untuk berkawan.
“Waktu berkawan, kami berborak banyak perkara terutama membabitkan perjalanan tugas polis kerana Afiq sangat berminat nak tahu.
Ads
“Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan membuat keputusan untuk bertunang pada Mac lalu. Cuma, tarikhnya kami biarlah rahsiakan dan majlis pertunangan pun berlangsung di kediaman keluarga saya di Johor Bahru,” jelas wanita berusia 31 tahun itu.
Soffwany sebelum ini pernah menjadi perhatian berikutan kelunakan suaranya mendendangkan lagu raya menjadi sensasi di internet.
Malah, diajuga bernaung sebagai penyanyi rakaman di bawah syarikat SRC Records.
Sumber/Foto: Harian Metro/ Instagram Raja Afiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Mark Adam meluahkan rasa hiba ketika mengenang kembali saat dia membawa seluruh tenaga kerja Suara Akademi bercuti ke kampung halamannya di Filipina, Januari lalu.
Menurut Mark, pada ketika itu mereka sangat gembira sehingga ada di antara mereka yang menyanyikan lagu raya seakan-akan mengetahui, tiada keraian Syawal pada tahun ini.
“Salam Subuh Semua! Saja nak share video ni masa bulan 1 lepas keluarga @suaraacademyofficial pergi ke Cebu Filipina dalam kereta menyanyi lagu raya.
“Mungkin sebab kemungkinan tak jumpa Hari Raya yang akan datang ni tapi kita kena berdoa la kita boleh jumpa dengan keluarga dan sahabat-sahabat kita semua,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri itu turut mengingatkan supaya kita sentiasa berjaga-jaga dan terus bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.
“Kita kena teruskan bertanggungjawab sebab sejelas-jelasnya kita belum menang lagi dari COVID-18 ni.
“Kita kena teruskan berjaga-jaga dan pastikan kita ikut dan buat apa yang patut dan elok.
“Insyaallah la kita akan menang dari wabak ini Insyaallah,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih bila mengenangkan akan bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rafidah Ibrahim memuat naik sekeping foto dua orang tuanya dan menyatakan kedua insan tersayang itu meninggal dunia beberapa hari sebelum tarikh kelahiran mereka.
Jelas Fida, hari lahirnya bakal tiba beberapa hari lagi dan berfikir mungkinkah takdirnya juga begitu?
Dikesempatan tersebut, bintang ini memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan dan menyatakan setiap yang dikongsi di laman sosial biarlah yang mendatangkan manfaat kerana itu mungkin status terakhir kita.
“Assalamualaikum semua. Saje je nak share ni. Secara mata kasar yang fida nampak persamaan kedua orang tua fida adalah mereka meninggal dunia beberapa hari sebelum tarikh kelahiran mereka.
“Bila duduk sorang2 kadang terfikir jugak, 4 Jun bakal tiba. Adakah persamaan yang sama jugak bakal berlaku pada diri ini.
“Sekiranya ada yang pernah fida lukai atau sakiti secara langsung ataupon tidak, fida mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan & kelemahan diri ini.
*tak sama rasa macam kecik2 dulu bila tunggu hari jadi.
“Dah besar ni makin rasa risau & takut. Sama-sama la kita amalkan surah Al Mulk setiap hari ya. Mudah-mudahan menjadi pelindung kita di alam barzakh. #doa #almulk #mati (*Akhir2 ni ramai ustaz berpesan, nak post kat media sosial biar yang baik2, mana tau itu mungkin yang terakhir dari kita.. Wallahu).
“Mak bulan Sya’ban, Ayah bulan Ramadhan.. Mungkin anak bongsu mereka bulan Syawal.. Wallahu,” kongsinya panjang lebar.
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin ada berkongsi mengenai situasi semasa yang berlaku ketika ini, melibatkan kestabilan perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering yang dibangunkan.
Jelasnya, warga kerja di Bizmilla cuba untuk bersama-sama membantu perkembangan syarikat dalam menempuh fasa sukar kini yang secara langsung menjejaskan industri perkahwinan khasnya.
Dalam rasa sebak, juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, mencoretkan satu kapsyen panjang menerusi Instagram.
“Para pekerja saya BERSATU HATI membantu saya dan syarikat dalam menempuh fasa PKP yang telah menjejaskan industri perkahwinan dan travel.
“Sebenarnya waktu nak tulis posting ini pun, hati saya sebak. Few days ago, saya adakan meeting dengan pekerja saya di BIZMILLA.
“Saya maklumkan tentang situasi sebenar syarikat, dan apa perancangan syarikat untuk menjana pendapatan bagi menampung kos operasi dan kos pengurusan (Gaji Pekerja)
“Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir 2 bulan lebih,” akuinya.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan, syarikatnya masih mampu bertahan setakat ini dan dia bersama warga kerja cuba untuk mencari alternatif lain dalam mencari sumber rezeki.
“Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir SETENGAH JUTA sebulan, saya tetap POSITIVE untuk berjuang bersama sama pekerja saya di Bizmilla #InsyaAllah.
“Di Bizmilla kami memang ada unit Pastry, unit ini menyediakan semua jenis manisan dan pastry untuk buffet Majlis perkahwinan di Dewan Bizmilla, team pastry dan beberapa warga kerja dibahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek kek yang super sedap untuk juadah Syawal ini dan juga untuk sebarang ulangtahun mahupun apa jua majlis sambutan dirumah.
“Boleh follow IG @bizmilla_cakepastry untuk melihat kek kek yang bakal dibuka tempahan dan boleh lah buat tempahan untuk Hari Raya nanti Insya Allah,” tulis Mila.
Atas sebab itulah, Mila tidak mahu mengharapkan keuntungan semata, sebaliknya dia berdoa agar usaha ini setidak-tidaknya mampu membantu menyelaraskan kos pengurusan melibatkan gaji pekerja yang berjumlah ratusan ribu sebulan.
“Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (Gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan.
“Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan, kita buat lah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama sama mendapat pendapatan.
“Saya mohon, pada rakan rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja pekerja saya,” jelasnya panjang lebar.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.