“So Far Okay Tak Ada Rasa Sakit Langsung,” – Hamil 5 Bulan, Izreen Azminda Telah Selamat Terima Dos Pertama Vaksin Covid-19

Share

Sebagai rakyat Malayisa yang bertanggungjawab, pelakon Izreen Azminda telah mengambil dos pertama suntikan vaksin Covid-19 meski dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Difahamkan, usia kandungan Izreen sudah mencecah usia lebih 5 bulan.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam telah menerima suntikan vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, pada Ahad.

Menerusi hantaran di Instagram, Izreen meluahkan rasa syukur kerana proses penerimaan vaksin tersebut berjalan dengan lancar.

“Syukur alhamdulillah kami telah divaksin so far okay takdak rasa sakit lgsg.. tetiba dah settle.. ke kulit kami yg tebai sgt sampai tak rasa jarum,” tulisnya.

Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Izreen Azminda

IKLAN