
Bermula dengan hanya impian untuk merakamkan sebuah lagu duet, akhirnya usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil meluahkan hasratnya untuk berkolaborasi bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut Aliff, dia sebelum inipernah meminta pihak pengurusannya untuk mendekati penyanyi Ziana Zain bagi tujuan sama.
Namun sehingga kini, usaha tersebut masih belum menerima maklum balas.
Dalam pada itu, Aliff turut segan untuk menghubungi Siti Nurhaliza kerana menghormati jadual padat penyanyi berkenaan yang sebelum ini sibuk dengan pelbagai komitmen seni.
Impian Duet
“Saya sebenarnya ada buat permintaan nak minta berduet dengan Ziana Zain tapi Ziana belum memberikan respon lagi, saya dah tunggu lama.
“Pengurus saya dah approach Ziana dalam bulan lepas, tapi masih menunggu keputusan. Nak minta pada Siti Nurhaliza, tapi macam takut tak layan jadi kita senyap sahajalah.
“Menghormati dia sebab konsertnya banyak sangat kan. Malah sekarang pun difahamkan Datuk Siti tengah sibuk di Dubai, berehat di sana,” katanya.
Aliff bagaimanapun tidak menafikan dirinya sering mengimpikan peluang untuk bekerjasama dengan penyanyi lagu Jerat Percintaan itu.
Aliff juga menyifatkan impian tersebut sebagai satu angan-angan yang tidak salah untuk disuarakan.
“Kepada Siti Nurhaliza, saya bermimpi sahajalah kan angan-angan tak salah. Tapi lagu saya semua trending.
“Siti Nurhaliza, saya teringin sangat nak buat lagu dengan awak. Awak sudilah buat lagu dengan saya, buat lagu raya sedikit sahaja pun jadilah.
“Kalau tidak boleh bahagian penuh, dapat yang hujung pun tidak mengapa. Bolehlah, sedikit sahaja saya mahu berduet.
“Bagilah impian saya tertunai sebelum saya mati,” ujarnya lagi.

Kolaborasi Bersama Izara Aishah
Dalam perkembangan lain, Aliff tetap pandang ke depan bersama jenama beg tangan AS dengan kolaborasi bersama pelakon Izara Aishah.
Kolaborasi ini menampilkan empat koleksi eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket dan Moola, yang kesemuanya adalah rekaan pilihan Izara sendiri.
Lebih istimewa, Aliff telah mengumumkan pemberian ganjaran sebuah kereta Perodua Bezza kepada pembeli bertuah sebagai tanda sokongan terhadap jenama AS.
Pembeli perlu membuat pembelian beg tersebut semasa sesi pelancaran di platform penstriman langsung pada 25 Januari 2026, jam 8:00 malam menerusi akaun TikTok Shop @papalarisofficial.
Pembeli yang membuat pembelian koleksi Izara x AS pada malam tersebut secara langsung akan berpeluang melayakkan diri menyertai cabutan bertuah bagi memenangi kereta Perodua Bezza.
Cabutan akan dibuat pada 31 Januari 2026, jam 8:00 malam, dan pemenang akan diumumkan pada malam yang sama.
Jadi, pembeli yang telah membuat pembelian semasa sesi penstriman langsung pada 25 Januari perlu menonton sesi siaran langsung pada 31 Januari depan bagi mendapatkan kata kunci kepada pembeli bertuah yang akan dihubungi secara langsung.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




