Jika di tanah air, di mana-mana sahaja kelibat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berada pasti menjadi perhatian peminat setianya.
Namun, ketenangan tidak dikenali atau ‘diganggu’ saat mengerjakan umrah merupakan menjadi perkara yang dirindui Siti apabila dia dapat menunaikan ibadah dengan sempurna seadanya.
Menerusi perkongsian IG Live yang dibuat Siti sebentar tadi, air mata pelantun lagu Lip Lap Raya itu turut gugur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk dijemput menjadi tetamu Allah.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa… saya dapat hidup macam ni.
“Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ini buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
Ads
“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ini. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” katanya sambil menyeka air mata.
Kali ini kedatangan Siti ke Mekah tidak ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sebaliknya penyanyi itu ditemani kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Berterima kasih di atas keizinan suaminya, Siti juga mengakui merindui kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.
“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya pergi itu dah satu rahmat yang besar sebab dia tahu saya rindukan Mekah, Kaabah.
Ads
“Walaupun saya berat hati tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya… kalau cakap pasal Aafiyah, Afwa nanti saya menangis lagi banyak,” katanya.
Dalam video itu juga, Siti sempat membacakan doa beberapa pengikut yang dikirimkan menerusi laman Instagramnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Adeline Tsen ada memberi reaksi apabila kerap kali dipersoal netizen berkenaan dengan penampilannya yang disifatkan seksi.
Kata bintang berusia 33 tahun ini kepada MH, dirinya ada alasan tersendiri lebih-lebih lagi apabila fizikalnya yang kini lebih kurus berbanding sebelumnya.
“Bila sudah kurus tu saya rasa lebih yakin. Pada masa sama saya pun mahu amalkan gaya hidup sihat. Kita ni semakin berusia jadi semua itu perlu diambil kira.
“Penampilan seksi ni sebab I tak nak nampak I tua… Kalau boleh. Orang pun tak pernah rasa saya ni berusia 30-an, mereka ingat saya seperti 20-an sahaja. Sebab penampilan diri itulah.
“Soal pemakaian, ia biarlah bersesuai dengan majlis,” katanya jujur.
Tidak mahu terlalu memikirkan soal dikritik seksi kerana ia bukanlah sesuatu yang baru bagi dirinya, pelakon asal Sabah ini akui mereka yang tidak rapat dengan dirinya tidak mengenali secara dekat.
“Saya sudah lalilah kalau diperkatakan mengenai hal itu. Yang penting, bapa saya tetap tahu diri saya masih sama seadanya. Soal penampilan itu orang kata dont judge a book by its cover.
“Kalau ada komen melampau tu, saya akan delete. Malah Instagram pun sudah ada bahagian untuk kita sunting komen yang tidak sepatutnya. Kita boleh setkan,” jawab Adeline lagi.
Dalam perkembagan lain, Adeline baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama komedi Cik Propa vs Cik Perampas bersama Nafiz Muaz selain bakal terlibat dalam satu tele-movie istimewa bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal berkongsi momen indah melalui sebuah video yang merakamkan ubah suai kediaman khusus buat kedua ibu bapanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.
Menerusi Instagram, isteri kepada Aeril Zafrel itu turut mendedahkan sebab dia memilih kediaman satu tingkat buat orang tua tersayang.
“Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa decide untuk belikan rumah mak dan bapak.
“Mula-mula nak beli 2 tingkat, tapi bila fikir duduk berdua dan sudah berusia untuk naik turun. Jadi Wawa cari rumah setingkat dan bila tengok keadaan rumah yang agak lama telan air liur juga la.
“Fikir macam mana nak bagi lawa balik. Tapi i memang percaya yang @aqi_74 boleh jadikan rumah ni jadi rumah baru! And cuba tengok, lawa kan? Sangat cozy,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dia pada masa sama turut menitipkan dedikasi indah buat ibunya.
“Kepada mak ku sayang yang lahirkan Wawa di dunia. Walaupun Wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu Wawa sayang dengan mak bapak dunia akhirat,” luahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...