MH tahu pasti ramai di antara peminat yang tertanya-tanya apakah jantina dan pilihan nama anak Penyanyi tersohor Malaysia Datuk Seri  Siti Nurhaliza yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Memetik daripada sumber Astro Gempak, Siti memberitahu terpaksa merahsiakan jantina bayi yang dikandungnya bagi menghormati pemintaan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti Nurhaliza Bagi Hint Nama Anak, Tunggu Masa Sesuai Buka IG Anak

Bagaimana pun Siti sempat berkongsi sedikit hint apakah nama yang bakal diberi kepada bayi tersebut.

IKLAN

Menurutnya jika bayi tersebut adalah lelaki dia akan memberi nama bermula dengan huruf “A” dan sekirannya persempuan akan bermula dengan nama Siti.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk mendedahkan, mungkin bila suami sudah beri ‘green light’ baru boleh saya kongsikan dengan peminat.

 

“Buat masa sekarang apa yang boleh saya maklumkan, jika bayi lelaki akan bermula huruf A, sekiranya perempuan akan bermula dengan Siti,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam masa yang sama, siti turut memaklumkan akan membuka akaun Instagram khas untuk memuat naik perkembangan tentyang anaknya apabila tiba masa yang sesuai.

IKLAN

Siti Nurhaliza Bagi Hint Nama Anak, Tunggu Masa Sesuai Buka IG Anak

IKLAN

Wah, nampaknya Siti pun tidak lama lagi akan wujudkan Instagram anaknya, memang tak sabar nak tengok gambar-gambar comel anak penyanyi popular Malaysia ini.

Apapun MH doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan bayi yang bakal dilahirkan itu sihat di dalam kandungan.

SUMBER : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI