Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana menerusi peguam membuat laporan polis susulan sesi Instagram Live (IG Live) oleh lima individu yang didakwa bercakap serta mengeluarkan kenyataan kurang menyenangkan mengenai dirinya baru-baru ini.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, 37, laporan tersebut di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur pada jam 9.42 pagi tadi.
Menerusi satu sidang media yang diadakan secara virtual sebentar tadi, penguam bagi pihak Nana, Abang Azlan Abang Ariffin dari Abang Azlan & Associates menjelaskan, pihaknya setakat ini meminta mereka yang berkenaan untuk tampil membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam, bermula Isnin.
“Laporan polis yang dibuat adalah sebagai satu penafian (covering note) bagi melindungi Siti Nordiana bagi segala tomahan yang berbaur fitnah.
“Berkenaan dengan tuntutan 48 jam, ia adalah perbincangan di antara saya dan pihak Siti Nordiana untuk drafkan satu notis tuntutan yang akan dikeluarkan dalam tempoh masa untuk kelima individu tersebut balas notis tuntutan dalam tempoh 24 sehingga 48 jam, bergantung kepada anak guam.
“Akan tetapi, kami tidak akan diberikan tempoh sehingga satu atau dua minggu kerana semakin lama, imej Siti Nordiana boleh tercalar.
Ads
“Notis tuntutan tersebut akan dihantar pada Isnin. Sebelum itu kami akan ada perbincangan untuk drafkan terma lain selain permohonan maaf,” katanya.
Ditanya sama ada Nana menafikan kesemua dakwaan yang dikaitkan dengannya seperti yang diperkatakan, Azlan memberitahu, beberapa sesi awal live terbabit ada menyatakan nama anak guamnya itu.
“Saya tidak berkesempatan untuk menonton sesi tersebut kerana ia sudah dinyahpadamkan di Instagram masing-masing. Jadi saya sempat tonton menerusi YouTube.
Ads
“Dari situ, ia terbahagi kepada tujuh episod. Saya sempat tonton dalam tiga episod awal dan memang apa yang diperkatakan secara langsung ada nama Nana dan Siti Nordiana. Ada pernyataan yang kurang menyenangkan dan berbaur fitnah,” katanya.
Sementara itu, penyanyi Hatiku Milikmu ini tidak menolak sekiranya mereka mahu selesaikan konflik yang berlaku dengan cara baik.
“Saya serah pada peguam dan kami akan berbincang apakah langkah seterusnya yang akan dibuat. Ia akan diketahui pada Isnin.
Ads
“Insya-Allah…. Saya faham, kita manusia biasa. Masing-masing tak sempurna untuk hakimi mereka. Kalau boleh mereka buat begitu, apa salahnya. Saya terbuka. Tapi apa-pun, kami akan berbincang dengan pihak peguam lebih lanjut,” katanya.
Terdahulu, nama Nana disebut-sebut pada sesi siaran langsung di Instagram membabitkan penyanyi Lan Solo bersama isterinya Sheila, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.
Pada sesi itu Shiela antara lain didakwa meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.
Malah, sesi tersebut menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isu ‘conservatorship’ Britney Spears semakin hangat dan masih lagi berjalan setelah bintang terkenal itu mula lantang mempertahankan dirinya. Dalam laporan terkini, permohonan Britney Spears untuk menukar peguam, Sam Ingham yang diberikan kepadanya pada tahun 2008 oleh mahkamah telah dibenarkan oleh hakim. Dia memilih bekas pendakwa persekutuan, Matthew Rosengart sebagai peguam barunya.
Dalam sesi mahkamah pada 23 Jun lalu, menurut ibu kepada dua anak ini, “Peguam saya Sam Ingham sangat takut sekiranya saya ke depan dan bersuara. Katanya jika saya bersuara, saya terlalu banyak bekerja. Dia memberitahu saya bahawa lebih baik jika perkara ini disimpan kepada diri sendiri.”
Terbaharu, dalam kekenyataan mahkamah pada Rabu, 14 Julai pula, Britney telah memberitahu hakim bahawa dia mahu bapanya didakwa atas kesalahan penyalahgunaan status sebagai ‘conservator’. Jelasnya, “Saya di sini untuk menyingkirkan ayah saya dan mendakwanya dengan penyalahgunaan ‘conservatorship’. ‘Conservatorship’ ini telah memberikan peluang kepadanya memusnahkan hidup saya.
Selain itu pelantun lagu popular Baby One More Time ini turut berkongsi yang dia sangat takutkan ayahnya. Isu ini telah berulang kali terjadi dan ia bermula beberapa tahun lalu sejak ibu bapanya meninggalkannya sendirian di treler mereka beberapa kali seminggu. Dia sangat takut jika ayahnya muncul dalam keadaan mabuk dan memalukannya.
Sepanjang berada dibawah ‘penjagaan’ ayahnya itu, Britney telah dikawal dengan ketat dari semua aspek kehidupan termasukkan pemakanannya dan dia bekerja 70 jam seminggu. Katanya lagi, “Gol mereka adalah untuk membuat saya jadi gila, dan saya bukan. Perkara ini tidak OK.”
Selepas lebih sebulan dikurniakan cahaya mata ketiga, akhirnya pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkongsi wajah penuh anak bongsunya itu buat tatapan umum.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri Jep atau sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menerusi entri terkini di laman Instagram.
“Abu Bakr bin Mohd Nazri. #AnakAbah,” tulisnya ringkas.
Menerusi entri sama, Jep turut memaklumkan dia dan isteri yang juga merupakan pelakon, Sari Yanti telah pun bersepakat untuk menamakan anaknya itu Abu Bakr.
Terdahulu, Sari telah pun selamat melahirkan bayi lelaki itu pada tanggal 15 Mei yang lalu.
Entri yang turut disertakan dengan tanda pagar #AnakAbah itu nyata menarik perhatian ramai pihak malah ia juga turut dihujani ribuan komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan memuji wajah comel bayi tersebut selain turut mendoakan semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh.
“Memang nama legend. Susah nak jumpa nama macam ni sekarang. Comelnya awak ni.
“Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak kebanggaan mama abah.
“MasyaAllah sedap nama anak Abang Jep. Nama sahabat nabi.
“MasyaAllah semoga anaknya menjadi soleh dan memberi kebaikkan untuk kedua orang tuanya. Dan menjadikan Saidina Abu Bakar sebagai tauladan hidupnya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Untuk rekod, Jep dan Sari telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini baru berusia lapan bulan.
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Jep Sepahtu & Sari Yanti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sissy Imann telah diberi kepercayaan untuk mengalas tanggungjawab sebagai rakan pengacara bagi program Muzik-Muzik 36 (MM36) bersama Alif Satar, Ogos depan.
Menerusi sidang media yang dilangsungkan secara virtual pada Isnin, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil bakal mengantikan posisi hos yang dahulunya dibawa Daiyan Trisha.
Meski akui gementar, namun Sissy turut sama teruja dan bersyukur atas peluang yang diberikan stesen TV3 terhadapnya.
“Sudah semestinya saya berasa sangat gembira dan ada rasa gementar untuk mengendalikan MM. Seperti yang kita tahu rancangan ini merupakan satu program yang sudah lama, malah wujud sebelum saya lahir lagi.
“Jadi saya rasa teruja sebab MM secara boleh dikatakan dekat dengan diri dan jiwa saya,” katanya.
Penyanyi berusia 25 tahun pada masa sama turut memberikan reaksi sekiranya ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan Daiyan selepas ini.
“Setiap pengacara itu mempunyai cara dan kelebihan yang tersendiri. Sebenarnya kerisauan saya pada program MM itu sendiri, amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan program itu menjadi kerisauan.
“Macam Daiyan, dia ada kelebihan tersendiri dan begitu juga sebaliknya. Jadi jika nak bandingkan diri kita dengan orang lain mungkin nanti ia akan jadi benda lain pula.
“Bagi saya, setiap orang ada hak masing-masing untuk menilai mana yang lebih baik. Tapi yang pastinya saya mahu menjadi diri saya sendiri, itu yang lebih penting,” katanya lagi.
Rancangan Muzik-Muzik 36 yang mula bersiaran pada 21 Mac lalu sebelum ini dihoskan oleh penyanyi Alif Satar dan Daiyan Trisha.
Selain itu, Muzik-Muzik 36 yang bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 11 malam bakal dipinda ke waktu siaran yang baharu, iaitu setiap hari Ahad, jam 11 pagi, mulai Ogos depan.
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Sissy Imann
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...