Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana mengharapkan doa moga jadi individu yang lebih beriman serta beramal soleh kepadaNya.
Pada masa sama, penyanyi yang sudah genap mencecah usia 37 tahun itu meminta doa semoga dirinya menjadi insan kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.
Menerusi Instagram, penyanyi Angkara Cinta itu turut berkongsi beberapa keping foto ketika majlis keraian.
Ads
“Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk menyambut birthday ke 37. Doakan nana bertambah iman, seterusnya menjadi hambaNya yg beriman & beramal soleh dan kuat menghadapi segala ujian.
Ads
“Tq atas semua ucapan dan doa kalian buat nana .And tq sahabat2 nana yg buat suprise bday untuk nana semalam,” tulisnya sebagai kapsyen disusuli kredit.
Pemenang tempat kedua Hero Remaja 2021, Aqil Taqeeudin mendedahkan dia sendiri tidak menyangka persembahannya pada malam finale mampu mengejutkan ramai pihak sekali gus menempatkan dirinya sebagai dua finalis terbaik.
Menurut Aqil, pada awalnya dia hanya menyasarkan untuk memenangi tempat ketiga atau keempat memandangkan persaingan sengit diantara finalis Mierul Aiman dan Fazziq Muqris sering disebut-sebut sebagai peserta pilihan untuk memenangi gelaran juara bagi edisi ke-11 itu.
Katanya lagi, dia sangat berpuas hati dengan persembahannya pada malam tersebut dan kerana itu, tiada sebab baginya untuk berasa ralat atau kecewa.
“Saya sebenarnya sendiri tak jangka yang saya akan mendapat tempat kedua. Pada awalnya saya hanya menyasarkan tempat ketiga atau keempat. Itupun saya dah bersyukur sangat.
“Bila saya dapat beri yang terbaik pada malam final tu, saya pun terkejut juga. Saya sangat berpuas hati ditempat kedua. Tiada langsung perasaan ralat atau menyesal.
“Saya sendiri sedar Mierul merupakan seorang yang sangat berbakat. Persembahan dia pun konsisten daripada minggu pertama hingga ke semi final,” katanya kepada MH.
Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Finale Hero Remaja yang berlangsung pada Isnin di pejabat Nu Ideaktiv, Shah Alam.
Ketika ramai menganggap Aqil memiliki sosok yang hampir serupa seperti pelakon yang juga merupakan pemenang tempat ke-3 Hero Remaja 2020, Meerqeen, ini reaksi yang diberikan oleh jejaka asal Kuala Lumpur itu;
“Meerqeen adalah meerqeen dan saya adalah saya. Kami tak sama pun. Muka pun saya rasa jauh beza.
“Bila orang selalu menyamakan saya dengan dia, mungkin ada juga perkara positifnya di situ. Mungkin dari situ orang akan lebih mengenali saya.
“Bagaimanapun, selepas ini, sebolehnya saya tidak mahu dikenali hanya kerana wajah saya seperti Meerqeen. Saya ingin dikenali kerana identiti saya sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aqil turut menyatakan kesediaannya untuk bersaing dengan mana-mana pelakon serta para selebriti media sosial yang kini semakin membanjiri industri seni tanah air.
“Seperti semua sedia maklum, dunia industri sekarang ini pun memang memandang jumlah pengikut di media sosial.
“Jadi, ketika ini, saya bukan hanya perlu mencungkil bakat saya semata-mata tapi saya juga perlu aktif di media sosial untuk menaikkan followers dan berinteraksi bersama peminat.
“Kesemua perkara tersebut adalah penting untuk nama saya makin dikenali lebih-lebih lagi di peringkat awal pembabitan saya didalam dunia seni ini,” akhirinya.
Sekadar informasi, pada malam finale yang berlangsung pada Sabtu, finalis, Mierul Aiman telah pun diumumkan selaku juara manakala Aqil harus berpuas hati ditempat kedua.
Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dimenangi oleh finalis Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon.
Pentas Finale Hero Remaja 2021 telah dihoskan oleh gandingan pengacara Nadhir Nasar dan Shaza Bae.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejurus selesai membuat persembahan sulungnya di konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), penyanyi Adibah Noor ada memberikan reaksi menerusi satu ciapan di laman media sosial Twitter miliknya buat tatapan peminat.
Menurut bintang berusia 51 tahun, dia gementar dan akui sudah lama tidak merasa perasaan sedemikian.
Lalu jelasnya lagi, perasaan tersebut sekaligus memberi gangguan terhadap pernafasan serta penyampaian.
Adibah bagaimanapun berterima kasih atas sokongan buat peminat yang menyokong.
“Dear fans, I was ok before my turn, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban.
“Lama dah tak rasa perasaan tu. So ia telah mengacau pernafasan dan penyampaian saya.
“So sorry I will try to do better next week. Thank you for your love and kindness,” tulisnya.
Dear fans,
I was ok before my turn, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban. 😲
Lama dah tak rasa perasaan tu.
So ia telah mengacau pernafasan dan penyampaian saya.
So sorry 🙏
Minggu pertama GV8 menyaksikan pelakon Kampung Peoplw itu mendendangkan lagu hitsnya, Terlalu Istimewa secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengumumkan dirinya kini sedang dalam perancangan untuk mengarahkan sebuah lagi filem aksi kesukaan ramai, KL Gangster 3.
Menurut Syamsul, KL Gangster 3 bakal menjadi pengakhiran bagi keseluruhan francais filem yang mula diterbitkan pada 2011 itu.
Lantaran itu, Syamsul memaklumkan dia kini memerlukan dua orang pelakon yang berkaliber untuk menggalas watak-watak baru untuk digandingkan bersama pelakon-pelakon yang sudah sinomin dengan filem tersebut seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra dan dirinya sendiri.
“KL Gangster 3 The Finale update. Dua watak baru akan muncul. Abang perlukan dua pelakon hebat untuk berentap dengan Malik, Jai, Shark dan lain-lain dalam filem ni.
“Komen siapa pelakonnya dan kenapa kat bawah. Cadangan korang akan abang fikirkan. Perang kasi habis. Cau,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh anak kepada pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Syamsul juga meminta orang ramai untuk mencadangkan nama-nama pelakon baru yang dirasakan sesuai untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
Entri berkenaan nyata mengundang rasa teruja bukan sahaja dikalangan peminat tetapi juga para rakan selebriti.
Menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut tidak ketinggalan untuk mencalonkan beberapa nama pelakon selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan hasil akhir filem berkenaan.
“Aku cadang Shaheizy Sam. Nak pair dengan dia pun bisa,” komen Sharnaaz Ahmad.
“Pehh, tak sabar nak tengok. Mesti mantap,” tulis Erry Putra.
“Bang, Fad dapat jadi balaci Jai pun jadilah bang. Tak pun jadi adik tiri Shark. Nama abang letak anai-anai pun okay,” seloroh Fad Bocey.
“Kalau aku takda juga, tak tahu la,” balas Khir Rahman.
Sehingga kini, posting berkenaan telah pun meraih hampir 80,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Sekadar informasi, filem KL Gangster yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu telah pun berjaya meraih jumlah kutipan hampir RM12 juta menerusi filem pertamanya.
Kesinambungan filem tersebut diteruskan pula pada 2013 menerusi KL Gangster 2 yang mencapai nilai kutipan box office sebanyak RM5 juta.
Sumber: Instagram Syamsul Yusoff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!