Siti Khadijah Nama Anak Ketiga Tomok

Share

Menerusi laman Instagram Tomok, sepotong rakaman dua anak lelakinya, Arrian dan Arrian dilihat sedang memperkenalkan nama adik bongsu mereka yang baru dilahirkan pada 4 Jun lalu.

Tomok dan isteri, Ayu Abas memilih nama isteri Rasulullah SAW,  Siti Khadijah buat si comel.

Netizen nyata teruja dengan pemilihan nama wanita solehah itu dan memberikan reaksi di ruang komen.

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.

Terdahulu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.

Foto : Instagram Tomok

IKLAN