“Ting takiti ta ting tating takiting tating…”

Rasanya terniang-niang lagu Comel Pipi Merah yang dinyanyikan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk anak perempuannya.

Semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum, pujaan ramai Siti Nurhaliza ini telah selamat melahirkan anak sulungnya pagi lalu.

MH pasti ramai yang tertanya-tanya apakah nama anak Siti atau lebih dikenali sebagai Tok Ti bukan?

Terbaru, memetik laporan Berita Harian Online, buat sementara waktu, bayi Tok Ti ini dipanggil sebagai Fatimah Az-Zahra.

IKLAN

Menurut laporan tersebut, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memberitahu ia diambil sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Simple Tapi Sedap, Fatimah Az-Zahra, Nama Sementara Anak Tok Ti!

IKLAN

Bagaimanapun Nama sebenar bayi ini akan diumumkan dalam tempoh seminggu dan akan diumumkan pada majlis yang akan dianjurkan kemudian.

IKLAN

“Untuk tempoh seminggu ini, sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih Fatimah Az-Zahra untuk bayi yang baru lahir ini.

 

“Pilihan nama sudah ada… Kami akan umumkan pada majlis yang akan dianjurkan kemudian,” kata Khalid kepada BH Online.

Alala comelnya, nama sementarapun sudah sedap inikan pula nama sebenar. MH sendiri tidak sabar nak tahu apakah nama sebenar anak Tok Ti dan bagaimana rupanya. Mesti secantik ibunya!

Apapun semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan buat Tok Ti semoga sihat selalu!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI