“Simen Tak Pakai Lagi Dah, Tapi Kena Pakai ‘Kasut Eskimo’ Pula,” – Lan Update Keadaan Kaki Yang Cedera Akibat…

Share

Penyanyi, Azlan Typewriter berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan dirinya setelah mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas alami patah tulang kaki dan buku lali, pada September lalu.

Kongsinya menerusi satu entri di akaun Instagram, Azlan atau nama lengkapnya Nor Azlan Rosle Sallehudin memberitahu keadaan kakinya kini sudah semakin sembuh.

Meski belum baik sepenuhnya, namun penyanyi berusia 39 tahun itu kelihatan sudah kembali berkerja selepas dilihat hadir ke sesi latihan untuk sebuah program nyanyian.

“Alhamdulillah kaki dah semakin sembuh. Simen tak pakai lagi dah, tapi kena pakai kasut Eskimo pula. Soundcheck yang agak terkucil mungkin sbb duk umah lama tak praktis haha #suaraviral2.0 #astro …,” tulisnya.

Serentak dengan itu, Azlan turut menitipkan ucapan kepada semua yang telah mendoakan dirinya agar kembali sembuh dan pulih seperi sedia kala.

“Terima kasih pada @aina_itam beri kepercayaan dan sokongan yang kuat tq juga pada @indigitalmusic. Terima ksih juga kepada semua yang mendoakan kesembuhan semoga allah merahmati, respect!!!,” tulis Lan lagi.

Terdahulu, Azlan mengalami kecederaan tersebut selepas tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki Sungai Batangsi, Semenyih, Selangor.

Foto: Instagram Azlan Typewriter

IKLAN