Penyanyi nasyid, Wan Najdi meluahkan rasa hampa apabila percubaannya untuk memiliki lesen motosikal buat pertama kali gagal.

Menurut Najdi, pada sesi awal bermula dengan baik namun kesilapan di akhir ujian menyebabkan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas menggagalkan namanya.

View this post on Instagram

PENJELASAN KENAPA SAYA GAGAL JPJ MOTOSIKAL

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on

“Tadi gagal bersebab. Aku datang tak gementar okay je. Tiba-tiba orang depan aku gementar, belakang aku lagilah menggelupur.

“Lalu titi cantik lepas, kon pun cantik, sampai di kawasan brek kecemasan. Ada tiga kotak, aku brek, hujung-hujung terlepas garisan.

‘Okay gagal’ (suara pegawai JPJ). Jangan terlalu yakin, jangan gelojoh,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Najdi turut berkongsi foto kad rekod penilaiannya yang memaparkan dirinya gagal dalam ujian tersebut.

View this post on Instagram

Gagal guys hahahahahahahaha

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on

IKLAN

Dalam entri yang berasingan, Nadji memaklumkan dia punyai sebab yang tersendiri mengapa baru sekarang dia memutuskan untuk mengambil lesen motosikal.

“JPJ test hari ni, lesen motor.  Selama saya hidup tak pernah ada lesen motor. Dah tua baru boleh ambil.

“Dulu umi tak bagi naik motor. Bawak kampung pun berapa kali accident. Haha kantoi bawak haram. Saya ambil lesen bercampur dengan budak habis spm ramai.

IKLAN

“Kenal ramai orang, barulah rezeki bertambah luas. Doakan saya lulus hari ni. Cuak dia boleh tahan. haha,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Najdi dan berharap agar dia berjaya pada ujian yang akan datang.

Sikit Je Lagi! Penyanyi Nasyid Wan Najdi Cerita ‘Fail’ Ambil Lesen Motorsikal Gara-Gara… Sikit Je Lagi! Penyanyi Nasyid Wan Najdi Cerita ‘Fail’ Ambil Lesen Motorsikal Gara-Gara…

Sumber: Instagram Wan Najdi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI