“Sibuk Make Up Diri Sendiri Sampai Lupa Tengok Anak?,” – Ada Yang Masih Hantar Anak Ke Sekolah Meski Kurang Sihat, Rita Rudaini Selar Sikap Penjaga Lepas Tangan

Share

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa yang masih menghantar anak-anak ke sekolah meski pun dalam keadaan kurang sihat.

Jelas Rita, ibu bapa tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan menghantar anak-anak ke sekolah semata-mata demi memudahkan urusan seharian.

Luahan tersebut telah dikongsikannya sebelum ini. Lalu menerusi Insta Stories, Rita turut tampil memberikan respon susulan.

“Kenapa saya cakap macam tu sebab yang lepas, anak-anak demam pun mak bapak hantar jugak pergi sekolah seban mak bapak nak senang and nak pergi kerja,” tulisnya.

Jelasnya, para ibu bapa sepatutnya memantau tahap kesihatan anak-anak terutamanya sebelum berangkat ke sekolah.

“Banyak kes sampai cikgu suruh patah balik. Tak kan tak pegang or tak tengok keadaan anak pagi-pagi bangun? Ke sibuk make up diri sampai lupa tengok anak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Rita turut menambah, permasalahan tersebut bukan sahaja akan menyusahkan pihak sekolah tetapi murid-murid yang lain juga.

“Sekolah pun pening dengan perangai sesetengah parents yang amek lepas. Dalam dok kata SOP ketat bagai, siap email kalau anak demam tak sihat batuk ke jangan hantar sekolah. Tetap hantar. Tak faham ke tak cerdik,” akhiri Rita.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

IKLAN