“Siapa Yang Lebih Cacat? Dia Atau Kita?” – Kongsi Video Lelaki OKU Hafaz Al-Quran, Tersentak Baca Perkongsian Yatt Hamzah

Share

Tersentuh hati saat melihat sosok tubuh yang serba kekurangan ini mendalami ilmu Islam.

Lalu Yatt Hamzah menerusi Instagram berkongsi rakaman pemuda kelainan upaya cuba menghafaz Al-Quran.

Walaupun sukar berkata-kata serta tidak dapat mengawal gerakan tubuh dengan baik, individu yang dikenali sebagai Fitra tetap semangat menjadi huffaz dengan harapan dapat mendoakan ibunya ke syurga.

Dia mungkin cacat anggota tp hati dan jiwanya sedikit pun tidak cacat. Dia menghafaz Quran walaupun dg banyak sekali kekurangannya.

“Sedangkan kita yg sempurna belum tentu ada hati dan jiwa yg CINTAKAN AL QURAN sptnya. Siapa yg lebih cacat? Dia atau kita? Allahuakbar.

“ASTAGHFIRULLAHALADZIM. Berikanlah kekuatan agar kami mampu ISTIQOMAH mencintai KALAM2 MU.. Aameen.”

Nyata kondisi tubuh yang tidak sempurna tidak pernah menghalang seseorang mengejar ilmu.

Malah, ia membuatkan kita lebih semangat dan membuka mata insan lain.

Foto : Instagram Yatt Hamzah

IKLAN