“Siapa Paling Cantik?,”- Mejar David Teo Bandingkan Adik Beradik Senrose, Ruhainies & Risteena, Netizen Minta Jangan Samakan!

Share

Pasangan adik beradik Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Ruhainies dan Risteena sering mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, mereka sering tampil cantik dan mempunyai imej yang tersendiri.

Lantas, perkara itu telah menarik minat penerbit, Mejar David Teo untuk membuat perbandingan antara kedua-dua beradik itu.

“Adik beradik jelitawan ini.. Siapa paling cantik rasanya.. you orang komen boleh kan?,” tulis David.

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap gambar tersebut.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang menegur cara David itu supaya tidak membandingkan
kedua-dua beradik itu kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Terdahulu, David pernah melakukan perkara sama apabila membandingkan kecomelan Yusuf Iskndar dengan Sheriv Samheizy.

Foto : IG David Teo

IKLAN