“Siapa Owner Facebook Kambing Kacak Berlagak Hebat Ini,” – Mohon Kuasa Viral, Syafie Naswip Cari Individu Ini

Share

Pelakon Syafie Naswip meminta pertolongan ramai bagi mengesan pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama Kambing Kacak.

Difahamkan menurut bintang tersebut, individu terbabit sering bertindak menghantar komen berbaur lucah serta menghina keluarga Allahyarham pengarah Pitt Hanif atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohd Hanif menerusi laman sosial.

Kesal dengan komen melampau yang dibuat, Syafie turut memohon kuasa viral dari orang ramai bagi mengesan individu yang dimaksudkan.

“Sesiapa boleh tolong tak macam mana nak trace siapa owner facebook Kambing Kacak berlagak hebat ini.

“Sebab dari hari pertama arwah abang pitt meninggal, beliau selalu meninggalkan komen yang berunsur lucah/menghina & mengherdik keluarga arwah serta ibu kandung arwah,” tulisnya.

Malah, bintang 4 Penjuru itu juga sudah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.

“Report polis sudah dibuat tetapi masih tiada sebarang maklum balas daripada pihak polis.

“Jadi mohon kuasa viral anda membantu keluarga arwah mencari siapa owner di sebalik kehebatan Kambing Kacak ini,” pinta Syafie.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata turut kesal dengan individu terbabit.

Sementara itu, isteri kepada arwah Pitt, Farah Ahmad turut meluah rasa tak puas hati dengan perbuatan individu sama.

Oktober tahun lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian anak sulung kepada pelakon senior, Fauziah Nawi itu selepas dibawa arus ketika sedang memancing di Kuala Lipis, Pahang.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Foto:Instagram Syafie Naswip,Ira

IKLAN