Selepas tular video yang menyaksikan aktres Fasha Sandha berpelukan dan bersalaman dengan pelakon Aidil Aziz di sebuah lapangan terbang, Fasha tampil memberikan penjelasan kepada media berkenaan hubungan merea berdua.

Lebih senang memberikan status hubungan sebagai berkawan rapat pada ketika ini, pelakon drama rantaian Teratai Kemboja itu sekali lagi memberikan komen.

Menerusi Instagram, bintang versatil itu mengakui ramai yang menyenangi hubungan mereka memandangkan status Aidil yang bukan bergelar suami orang.

IKLAN

Bagaimanapun, ada segelintir peminat yang pesimis mengenangkan aktor terbabit pernah mempunyai rekod silam yang tak manis untuk dikongsi.

“Ya, ramai yang suka saya berkawan dengan dia, kerana dia bukanlah ‘suami orang’ dan bukanlah seorang duda. Ya , tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain.

 

“Tak mengapa, apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif, kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati yang terbuka. Past is past…,” tulis Fasha.

Pada masa sama, dia juga mempersoalkan siapakah kita, sebagai manusia biasa untuk menilai dan menghukum orang lain.

IKLAN

“Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya..Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa, kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan.

 

“Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa. Amin,” luahnya sambil disusuli dengan tanda palang #friendshipforever #doayangbaikbaik #protecteachother.

Difahamkan, hubungan di antara keduanya kian rapat apabila mereka terlibat di dalam sebuah penggambaran satu program yang sama.

IKLAN
View this post on Instagram

Ya, ramai yang suka saya berkawan dengan dia, kerana dia bukanlah ‘suami orang’ dan bukanlah seorang duda. Ya , tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain… tak mengapa, … Apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif, kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati yang terbuka. Past is past… Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya.. Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa, kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan. Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa. Amin. . #friendshipforever #doayangbaikbaik #protecteachother

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI