“Siapa Kenal Adik Ni?” – Tersentuh Tatap Derita Penghidap Kanser Mulut, Ini Dilakukan DS Aliff Syukri

Share

Tersentuh dengan nasib yang menimpa adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, lapan bulan, ini yang mengidap kanser pada mulut atau Germ Cell Tumor, Datuk Seri Aliff Syukri tampil ingin membantu.

Niat baiknya disuarakan menerusi laman Instagram dan memohon agar sesiapa yang mengenali keluarga ini agar dapat menghubunginya.

Siapa kenal adik ni??

“Saya amat kesian dengan nasib adik ni dan ingin menbantu apa yang perlu utk beliau… siapa yang kenal atau menpunyai number telefon adik ni sila pm sy..inyallah sy cuba yg terbaik dgn rezki apa yg saya ada.”

Menerusi artikel Berita Harian, sebaik Ainul dilahirkan, mulut bayi itu sudah ditumbuhi kanser berkenaan.

Walaupun telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya ketika usia 10 hari, namun terdapat ketumbuhan baharu di bahagian leher.

Kimoterapi juga telah dilakukan Disember tahun lalu namun tiada perubahan, sebaliknya ketumbuhan pada mulut semakin membesar. Malah, terdapat sel kanser baharu ke otak.

Menurut bapanya, dia memerlukan kira-kira RM1,000 bagi bekalan ubat selama tiga hari. Kos kelengkapan menukar tiub pada leher dan susu pula memerlukan kira-kira RM1,500 sebulan. Dia kini menjual bertih jagung ‘Pop Corn Ainul Mardhiah’ untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Foto – Instagram Aliff Syukri dan Berita Harian

IKLAN