“Siapa Boyfriend?,” – Hatta Dolmat ‘Cuba Try’ Aprena Manrose Tapi Hujung-Hujung…

Share

Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat ada berkongsi rakaman video bersama Aprena Manrose di laman Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan, Hatta dilihat secara bergurau mengajukan soalan kepada Aprena mengenai teman lelakinya, namun dijawab spontan pelakon itu, menyatakan dia sudah berkahwin.

“Baru acah acah nak try @mrsaprenamanrose sekali lupaaa dia dah kawen. apa benda laa aku ni, tapi cantik betul dia ni.

“Kak @lovelyyayangofficial yang baik hati penuh dengan senyuman manis dan kasih sayang thank you very much for everything #glamketengglam #teamproduction *hujung tu suara @fikaruslan “ dia dah kahwin laaaa” #awesometv #awesometvmemangawesome @myawesometv,” kongsinya.

Difahamkan kedua-duanya terlibat dalam penggambaran sebuah program televisyen.

Aprena dan suami, Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016.

Foto : Instagram Hatta Dolmat

IKLAN