“Siapa Berkemampuan, Just Check On Your Area,” – Bawa Warga Emas 76 Tahun Ambil Vaksin, Haniff Hamzah Gembira Dapat Bantu

Share

Pengacara dan penyampai radio, Haniff Hamzah mendedahkan dirinya berasa amat senang apabila berkesempatan untuk membantu seorang warga emas untuk membawanya ke pusat pemberian vaksin yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Ahad.

Difahamkan, suami warga emas terbabit terlebih dahulu mendapat suntikan dos pertama, baru-baru ini.

“Harini gi tolong bawa warga emas pergi vaksin di WTC KL. Makcik Marhainin umur dia 76 tahun. Suami dia dah lebih 80 tahun dah vaksin dose pertama.

“Siapa yang berkemampuan untuk bantu just check on your area kot kot la ada warga emas yang perlu bantuan,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Era itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Haniff turut menyeru kedapa semua pihak yang mempunyai akses kenderaan untuk sama-sama menghulurkan bantuan buat mereka yang kurang berkemampuan terutanya di kawasan kejiranan masing-masing.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut selain turut menitipkan doa semoga segala urusan Haniff akan sentiasa dipermudahkan.

“Contoh yang baik. Good job abang. Respect. Jika ada peluang, kita bantu sesama kita.

“Thanks for being an amazing human being Haniff.

“May Allah shower you with abundant blessings, Encik Haniff. Amin,” antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Haniff Hamzah

IKLAN