“Siap-Siap Bagi Nombor Akaun Ya,”- Keutamaan Kepada Zon Merah, Aeril Zafril Beri Bantuan Buat Warga Sabah

Share

Cakna dengan apa yang berlaku di negeri Sabah, pelakon dan usahawan, Aeril Zafril tampil mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Menurut Aeril, keutamaan bantuan ini diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan zon merah.

“Orang Sabah yang terkesan dengan Covid-19, zon merah terutamanya, yang memerlukan bantuan sila DM sekarang.

“Siap-siap bagi account number ya,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Posting berkenaan kemudiannya tular selepas meraih hampir 100,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memuji usaha yang ditunjukkan oleh Aeril itu malah mereka juga turut mendoakan semoga pelakon tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

IKLAN