Selebriti versatil, Elly Mazlein dilihat sudah pun membuat persiapan akhir sebelum bersalin anak keduanya tidak lama lagi.
Menerusi Insta Stories yang dimuat naik pada Jumaat, penyanyi Bungaku Bakawali ini dilihat sedang menyiapkan barang keperluan diri serta bayi lelaki yang bakal lahir.
Kata Elly, dia membuat persediaan awal bagi sebarang kemungkinan.
“Sentiasa siap-siap awal dan letak dalam kereta. Baby kengkadang suka keluar awal. Dalam beg ni dah siap kelengkapan bayi untuk bagi pada nurse,” tulisnya.
Elly pada masa sama turut menyenaraikan antara barangan yang bakal di bawa ke hospital.
“Satu plastik dah siap letak pampers, barut, baju, stocking, towel, minyak, barang mandi baby dan lain
Ads
“Kak Lina siap buat 3 plastik untuk 3 hari, senang tak kelam-kabut nanti,” jelasnya.
Sementata itu, Elly turut berkongsi video antara barangan bagi dirinya juga.
Ads
“Dalam beg besar pulak, barang keperluan Kak Linalah dan standby juga barang baby worry ada yang tak cukup.
“Biar bawa banyak dari tak cukup. Huru-hara dik… Biyo orang kata macam nak pindah dok sepital. Asalkan tak mengelabah tombol pintu barang tak cukup.
“Time tu Kepommm bole jadi singa Lion King dik,” tulisnya lagi.
Ads
Elly sebelum ini memberitahu dia sudah pun cuti bersalin dan memohon ramai mendoakan yang terbaik.
Terdahulu, hos program Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, pada 18 Januari 2020.
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia 5 tahun.
Dalam satu hantaran terkini di Instagram, Elly sudah memuat naik fotonya yang berada di hospital, sekali gus memberi bayangan dia bakal bersalin tidak lama lagi. Moga dipermudahkan.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, Miss World dan Miss Intercontinental bukanlah sekadar sebuah pertandingan semata-mata. Pertandingan ini menjadi satu medan untuk gadis tempatan menonjolkan diri mereka di samping menjadi satu platform untuk menceburi dunia seni tanah air.
Buktinya, ramai selebriti tempatan yang dilahirkan dari pertandingan ratu cantik. Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara di pentas antarabangsa menjadi satu tiket untuk dikenali dan juga menjadi perhatian media.
Ini adalah 10 senarai selebriti tanah air yang mula menempa nama menerusi pertandingan Ratu Cantik.
TAN SRI MICHELLE YEOH
Michelle Yeoh merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 1983. Bermula dari situ dia mula melbarkan sayapnya di dalam bidang lakonan dan berjaya menjadi seorang pelakon bertaraf antarabangsa. Antara filem terkenal lakonannya seperti James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian dan yang terbaharu Shang-Chi and the legend of the ten rings.
KAVITA SIDHU
Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam ini merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Paling mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus menjadi antara wakil Malaysia pertama yang menjuarai pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.
ERRA FAZIRA
Antara gadis Melayu popular yang mencipta nama menerusi pertandingan ratu cantik. Erra Fazira memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 ketika berusia 18 tahun. Kemenangannya itu membuka ruang untuk dia dikenali sebagai seorang model dan pelakon.
Manakan tidak, debut lakonannya menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 membuahkan hasil sehinggakan dia dikenali sebagai primadona filem melayu. Kemudiannya dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian dan ternyata dia juga berjaya sebagai penyanyi.
ROZITA CHE WAN
Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Popular sebagai model sebelum bergelar pelakon, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, namun debutnya menjadi dan dia antara pelakon popular di Malaysia menerusi pelbagai drama dan juga filem.
LINA TEOH
Lina mencipta sejarah apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 1998. Kejayaannya ini merupakan pencapaian terbaik wakil Malayisa setakat ini dalam pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu. Sejurus itu, wanita cantik ini menceburi dunia seni menerusi siri komedi Kopitiam yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Selain itu dia turut bergelar seorang pengacara dan juga penerbit.
ELAINE DALY
Elaine memulakan langkahnya sebagai seorang model dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2003. Sejurus memenangi pertandingan tersebut dia seterusnya aktif sebagai model dan mula menceburi dunia lakonan. Kefasihannya berbahasa melayu menjadi satu kelebihan dan dia telah membintangi banyak drama dan filem di Malaysia. Antara filem yang lakonannya seperti The Reb Kebaya dan Cuci. Pada tahun 2010 dia telah mememangi anugerah pelakon wanita terbaik drama Anugerah Seri Angkasa menerusi lakonannya di dalam drama Apa Dosaku?. Selain bergelar seorang pelakon dia juga merupakan seorang pengacara yang popular.
DEBORAH HENRY
Wanita cantik tinggi lampai ini antara ratu cantik Malaysia yang paling diingati dalam sejarah ratu cantik Malaysia. Kegagalannya tembus sebagai top 16 pada pertandingan Miss Universe 2011 menjadi tanda tanya seluruh dunia kerana dia dilihat sebagai pesaing utama dalam pertandingan itu.
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah terlebih dahulu memegang gelaran Miss World Malaysia 2007 dan dia berjaya berada dikalangan finalis top 16 pada pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di China. Deborah merupakan seorang pengacara yang kerap menjadi pilihan pelbagai jenama dan dia juga menjadi pilihan stesen TV untuk mengacara seperti rancangan Bella di ntv7. Selain itu dia juga pernah berlakon di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
DR SOO WINCCI
Dr Soo Wincci merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia bagi edisi tahun 2008. Kemenangannya ini membuka peluang untuk dirinya bergelar anak seni dalam industri seni tempatan. Dia membintangi drama seperti Mr Siao’s Mandarin Class, Injustice, Justice in the City dan banyak lagi.
Drama yang mengangkat namanya dikalangan peminat Melayu adalah Kau Yang Satu yang mana dia memegang watak antagonis disamping pelakon hebat lain seperti Dato’ Aaron Aziz dan Izara Aishah. Selain bergelar pelakon Dr Soo Wincci juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu dalam bahasa melayu yang bertajuk, Terus Teranglah. Dia juga pernah bergelar finalis Masterchef Malaysia dan berjaya menjadi top 5.
THANUJA ANANTHAN
Wanita tinggi lampai berdarah India ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Dengan ketinggian melebih 180cm dia merupakan antara model popular di Malaysia. Thanuja kini merupakan seorang pelakon, model dan hos. Dia membintangi drama seperti Temuan Takdir, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak. Dia juga merupakan seorang juri bagi pertandingan realiti All Together Now Malaysia.
AMY NUR TINIE
Amy Nur Tinie merupakan pemenang pertandingan Miss Eco International 2019. Dia merupakan seorang peragawati dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Dia merupakan seorang pengacara rancangan kewanitaan berjudul Tumit Tinggi di RTM. Selain itu dia juga sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem seperti 10 Tips Tipu Bini yang disiarkan menerusi saluran Astro First dan juga drama Mak, Abang Nak Kahwin.
Cantik-cantik semuanya kan? Tidak kiralah Melayu, Cina atau India mereka semua bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Betty Rahmad berkongsi cerita tentang kisah hijrahnya sebelum membuat keputusan untuk mula mengenakan hijab.
Betty memberitahu dia berasa syukur kerana dirinya antara insan yang terpilih untuk menerima hidayah serta petunjuk daripada Allah SWT.
“Early morning routine since July that changed me to who i am today. MasyaAllah Alhamdulillah. Tak pernah terfikir sampai kesini. Tak baca sehari rasa tak complete.
“Tapi dari dulu selalu rasa happy tengok orang berhijrah. Baca Al-Quran, khatam, terutama yang sexy tapi tiba-tiba berubah dan berhijab. Selalu terdetik dalam hati saya, apa sebenarnya dorang rasa sampai tiba-tiba berubah??
“Alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk rasa “rasa” itu. “Rasa” yang tak mungkin kita dapat rasa tanpa kita cari. The real purpose in life. Tak berani nak share banyak-banyak i pun banyak kena belajar,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mengharapkan doa daripada peminat dan orang ramai agar kekal untuk istiqamah.
“But i really hope & doa semua kawan-kawan & followers i akan dapat nikmati “rasa” tu.
Doakan i terus istiqomah I am still Betty yg tingtong tu, just feel like i nak share this today on this beautiful Friday. Happy Friday
“P/S: Semoga perkongsian ni memberi manfaat pada sesiapa yg membaca. Niat saya kongsi kerana Allah swt,” tulisnya lagi.
Pelakon dan pengacara, Norman Hakim menzahirkan rasa kagum terhadap persediaan rapi yang dibuat oleh isterinya, Memey Suhaiza serta bekas isteri, Abby Abadi bila setiap kali mereka sekeluarga ingin merancang untuk pergi bercuti bersama anak-anak.
Menurut Norman, setelah hampir dua tahun mereka sekeluarga tidak mengadakan aktiviti tersebut , kini perancangan rapi telah pun dibuat dan ia dijangka bakal berlarutan sehingga hujung tahun.
Malah, Norman juga turut memuji usaha yang dilakukan oleh Abby dan Memey kerana sanggup meluangkan masa merancang setiap aktiviti dan perjalanan mereka.
“Hmmm, dekat dua tahun tak nampak memo macam ni (ni pun nasib-nasib ternampak dlm phone wifey) tiba-tiba rasa ‘cramp’ pulak otak sebab lama naw tak ‘warming up’ bab ni.
“Tak sampai 24 jam pengumuman, laju je diorang @memeysuhaiza @abby_abadi112 buat plan. Nampak macam sampai ke hujung tahun jek? Tak larat nak baca habis. Bab ni memang salute la kat kaum hawa memang efisien,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Norman juga turut dilihat sempat berseloroh menasihati anak-anaknya supaya sentiasa peka dengan setiap perancangan yang telah dibuat oleh Memey dan Abby.
“So anak-anak especially @danishhakimofficial @marissadania_ @m_danishaa please take note colour-colour pelangi yang kena standby okay supaya tak terkejut bila memo rasmi ni keluar nanti. Tak lama lagi ni.
“Korang especially kaum hawa pun memangg biasa jugak ke buat plan kejutan macam nih?,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat keakraban keluarga tersebut selain turut mendoakan agar kebahagiaan tersebut akan berkekalan sampai bila-bila.
“Wah, kita yang baca ni pula excited. Suka details plan macam ni.
“Suka plan macam ni. Best and teratur je.
“Kalau proposal macam ni, tunggu diorang present baru dengar betul-betul. Kalau gaya macam ni mesti ada first dan second draft.
“Kalau hati kita bahagia, apa-apa yang kita buat pun menjurus kepada kebahagiaan orang-orang tersayang. Nampak keikhlasan dan you alls enjoy your relationship with each other. Semoga berada di dalam lindungan Allah selalu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekdar informasi, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 sebelum memutuskan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Memey Suhaiza pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan keduanya, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.