“Siap Ambil Gambar Sendiri Mahu Tengok…,” – Hidung Anak Stacy Sensitif, Mudah Keluar Darah

Share

Perkongsian foto terkini daripada akaun anak kepada penyanyi, Stacy iaitu Eshaal Afiq Hakim mengundang perhatian apabila bintang tersebut memaklumkan si kecil itu mempunyai hidung sensitif.

Malah, ia mudah berdarah meski hanya dipicit atau pun ketika berada di kawasan terik matahari.

“Shian ishaii hidung mudah berdarah. Dady picit manja sikit hidung esok berdarah sensitif betul. Siap ambil gambar sendiri mau tengok muka berdarah hidung dia

“Main panas pun gitu juga. Camna mau ikut sukan ni shaii,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula, ada peminat yang turut memberikan reaksi serta pengalaman anak masing-masing.

Malah ada juga yang berkongsi petua bagi mengekang masalah tersebut.

Unuk rekod, Stacy dan suaminya, Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan pasangan ini turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lapan tahun.

Foto: Instagram Stacy, Beyshal

IKLAN