Si Cantik Manis, Ini Dia 10 Trivia Mengenai Bekas Juara Dewi Remaja 18/19 Haneesya Hanee!

Share

Nama bekas Juara Dewi Remaja, Haneesya Hanee kian menjadi perhatian sejurus muncul menerusi drama rantaian, Cik Reen Cik Ngok Ngek tidak lama dulu.

Jadi, MH bariskan 10 trivia menarik mengenai Haneesya yang mungkin ramai orang masih tak tahu.

1. Antara bekas peserta Dewi Remaja paling tinggi selain Jasmine Dillon, Juliana Banos dan Scha Alyahya. Memiliki ketinggian 170cm seberat 60kg.

2. Nama penuhnya

ialah Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan dan berasal dari Pulau Pinang.

3. Selain aktif modeling, Haneesya pernah membintangi watak sebagai Zara menerusi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek di Astro Ria di samping Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah.

4. Meski fizikalnya dilihat sama seperti individu lain tetapi ramai yang tak tahu bahawa Haneesya menghidap penyakit

Disleksia, Scoliosis & Thalassemia.

5. Dia juga pernah berdepan detik sukar bersama keluarga.

Dikatakan, pada tahun 2012, Haneesya mengalami masalah kewangan pada tahun 2012 (ketika berusa 12 tahun) hingga pernah berkongsi di media sosial dirinya pernah tidur di dalam kereta, selain terpaksa mandi di stesen minyak.

6. Biar berdepan fasa sukar kerana tidak mampu untuk ke kelas tambahan (tuisyen), namun Haneesya tetap berjaya memproleh keputusan memberangsangkan semasa menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan keputusan 2A, 2B dan 1C.

7. Menjadikan penyanyi antarabangsa, Rihanna sebagai idola dan dia sering dihujani kecaman dan tomahan menegenai warna kulit, namun Haneesya tetap tenang berhadapan dengan situasi demikian.

8. Bintang yang lahir pada 11 Februari ini juga sering mendengar lagu-lagu Rihanna seperti Diamond, Umbrella dan banyak lagi bagi menghilangkan tekanan.

9. Moyangnya, pelakon Zaharah Agus pernah berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Mana tumpahnya kuah kalau tak nasi. Moyangnya juga pernah membintangi filem Madu Tiga pada tahun 1964.

10. Sudah berkecimpung dalam dunia peragaan ketika dibangku sekolah dan dia menceburi dunia modeling sejak usia 15 tahun lagi.

Foto : Instagram Haneesya Hanee

IKLAN