“Shut Up Guys, Jangan Nak Jadi Bitchy Sangat,”- Oktovia Manrose Disindir Gara-Gara Ucapan Kahwin, Ini Respon Nelydia Senrose

Share

Baru-baru ini, pelakon, Oktovia Manrose telah menerima sindiran daripada netizen gara-gara memuat naik satu entri khas sempena perkahwinan pelakon, Nelydia Senrose dan Hafez Halimi.

Lantaran itu, Nelydia dilihat terpanggil mempertahankan sepupunya itu daripada terus menjadi mangsa buli netizen.

Katanya, bukan semua perkara boleh dikecam dan kadang-kala orang lain harus diam.

“Shut up guys. Jangan nak jadi bitchy sangat boleh tak.

“Semua benda nak kecam,” balasnya.

Rasa marah itu disuarakan oleh Nelydia menerusi ruangan komen di entri Instagram Oktovia.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada Oktovia diatas doa yang telah diberikan.

“Anyways, Thank you ngah for your doa. Love you!,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap kenyataan Nelydia tersebut.

Apapun, perkara baik seperti ini tidak perlulah dikecam dan sebaiknya kita doakan sahaja yang baik-baik buat Nelydia serta Oktovia.

Sumber: Instagram Oktovia Manrose

IKLAN