Uncategorized

Shuib Sebak Umum Tinggalkan Sinar Fm

Share

Shuib akhirnya tinggalkan Sepahtu Sinar? Alamak tak lengkaplah Sepahtu tanpa Shuib. Tak dapatlah nak mendengar telatah dan lawak mereka bertiga lagi di radio. Apapun MH doakan yang terbaik buat karier dan perniagaan Shuib.

Menerusi entri terbaru milik Shuib, dilihat dia tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri daripada stesen radio berkenaan.
 
Menurut Shuib, dia terpaksa membuat keputusan tersebut disebab tuntutan kerja dan kekangan masa yang tidak mengizinkan.

“Assalammualaikum, dua tahun yang penuh tawa, duka, susah, senang. Itulah Sepahtu Sinar. Harini saya mengundurkan diri dari sepahtu Sinar atas sebab komitmen keje dan kekangan masa.

 

“Tapi saya harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya Jep sepahtu dan Rahim.”

 

“Maafkan segala salah dan silap saya. Terima Kasih all the bosses Jakeabdullah, kakak kesayangan, Shidahkhasim. Producer yang selalu bergaduh Lixaramli , musicexec manzaki, Zarul.zulkifli , Razlyn, Kirin, Appy, dan ramai lagi dibalik tabir Sinar Fm.”

 

“Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya. Doakan yang terbaik untuk karier dan bisnes saya selepas ini ya.”

 

“Teruskan support dan saya doakan yang baik-baik saja untuk kalian. Love U all, Love U Sinar Fm.” tulisnya dilaman tersebut.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video Sinar.fm melalui akaun Instagram (IG) rasmi, jelas menunjukkan wajah sedih Jep dan juga Rahim yang mengendalikan segman Sepahtu Sinar bersama Shuib.

 
Video itu juga turut merakam suara Shuib yang ternyata tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu perkara tersebut kepada Jep dan Rahim.

Shuib tidak dapat berada di konti disebabkan perlu menjaga isterinya, penyanyi, Sarah Raisuddin yang sedang sakit.


 
Terdahulu, Sarah dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

BACA JUGA >

Sumber : Instagram shuibsepahtu & sinarfm

IKLAN