Shuib akhirnya tinggalkan Sepahtu Sinar? Alamak tak lengkaplah Sepahtu tanpa Shuib. Tak dapatlah nak mendengar telatah dan lawak mereka bertiga lagi di radio. Apapun MH doakan yang terbaik buat karier dan perniagaan Shuib.

Menerusi entri terbaru milik Shuib, dilihat dia tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri daripada stesen radio berkenaan.
 
Menurut Shuib, dia terpaksa membuat keputusan tersebut disebab tuntutan kerja dan kekangan masa yang tidak mengizinkan.

Assalammualaikum,2 tahun yg penuh tawa,duka,susah,senang…Itulah Sepahtu Sinar….Harini sy mengundurkan diri dr sepahtu Sinar atas sbb komitmen keje dan kekangan masa,tp sy harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya @jepsepahtu dan @rahimr2 …..Maafkan Segala salah dan silap sy,Terima Kasih all the bosses, @jakeabdullah,kakak kesayangan @shidahkhasim ,Producer yg selalu bgaduh @lixaramli ,music exec @emanzaki , @zarul.zulkifli ,Razlyn,kirin,appy, dan ramai lagi dibalik tabir Sinar Fm… Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya….???… Doakan yg terbaik utk karier dan bisnes sy selepas ini ya…Teruskan support dan sy doakan yg baik2 saja utk kalian….. Love U all,Love U Sinar Fm…… . . . #pershuibofhappyness #lastdaydisepahtusinar #sepahtusinar #selamattinggal

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Assalammualaikum, dua tahun yang penuh tawa, duka, susah, senang. Itulah Sepahtu Sinar. Harini saya mengundurkan diri dari sepahtu Sinar atas sebab komitmen keje dan kekangan masa.

 

“Tapi saya harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya Jep sepahtu dan Rahim.”

 

“Maafkan segala salah dan silap saya. Terima Kasih all the bosses Jakeabdullah, kakak kesayangan, Shidahkhasim. Producer yang selalu bergaduh Lixaramli , musicexec manzaki, Zarul.zulkifli , Razlyn, Kirin, Appy, dan ramai lagi dibalik tabir Sinar Fm.”

 

“Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya. Doakan yang terbaik untuk karier dan bisnes saya selepas ini ya.”

 

“Teruskan support dan saya doakan yang baik-baik saja untuk kalian. Love U all, Love U Sinar Fm.” tulisnya dilaman tersebut.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video Sinar.fm melalui akaun Instagram (IG) rasmi, jelas menunjukkan wajah sedih Jep dan juga Rahim yang mengendalikan segman Sepahtu Sinar bersama Shuib.

IKLAN


 
Video itu juga turut merakam suara Shuib yang ternyata tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu perkara tersebut kepada Jep dan Rahim.

Shuib tidak dapat berada di konti disebabkan perlu menjaga isterinya, penyanyi, Sarah Raisuddin yang sedang sakit.

IKLAN

Shuib Sebak Umum Tinggalkan Sinar Fm
 
Terdahulu, Sarah dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

BACA JUGA >

IKLAN

Sumber : Instagram shuibsepahtu & sinarfm

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI